Bonda saya memang happening.
Hobi masa lapang bonda suka jalan-jalan. Bila tengok ada barang-barang yang menarik, Bonda pakat beli borong. Bila tanya bakpe beli banyok sangat? Dia jawab nok jual. Yea...dia akan pakai 20%, yang dijual cuma 30%, tapi yang selebihnya dia dok pakat bagi hadiah. hihihi.
Pada sapa dia jual? Pada anak-anak, anak-anak saudara dan pada sapa-sapa aja la yang bertandang ke rumah bonda.
Yang paling best saya tak yah shopping tempat lain. Beli dengan bonda sangat lumayan, beli satu, kadang dapat hadiah sampai 2 atau 3 barang...hahaha..mana mau nak cari!
Satu lagi Bonda saya tak takut nak mencuba. Di usia umur 70 an, duduk di Terengganu, bonda saya ni technosavvy la juga. Ada akaun FB, ada smart phone, ada ipad, boleh whatsapp, selfie, welfie. "Curiosity" bonda pun boleh tahan juga tinggi.
Dia pernah telepon saya malam-malam tapi saya tak boleh angkat sebab dalam mesyuarat atas talian - teleconference. Lepas teleconference, saya telepon balik dan beritau saya dalam mesyuarat.
Bonda tanya "mung mesyuarat menda malam-mala buta?"
Saya terangkan lah, saya mesyuarat melalui telepon dengan rakan-rakan pejabat di US dan UK. Bonda tanya lagi "Doh dalam mesyuarat cakap tentang apa?" saya jawabla tentang isu, tentang strategi...oooo jawabnya.
Pernah sekali tu dia pi beritau orang. kalau nak meeting kita boleh teleconference. Ambik ngko. Terkedu orang kat Ganu. Menda plok teleconference. hahahaha.
Jangan tak tahu. Bonda saya suka tengok berita. Segala perkembangan semasa dunia dan tanahair dia tahu. Berita dalam bahasa Melayu; bahasa Inggeris, CNN, BERNAMA semua dia tengok. Kadang dia tak puas hati yang berita dalam bahasa tamil dan bahasa cina pun dia tengok jugak..Saya tanya faham ke? Baca subtitle lah, ish......jawabnya macam tak puas hati....hahahahahha.
Saya, kalau nak tahu apa-apa perkembangan dunia dan tanah air tak yah tgk TV..bonda kadang whatsapp..mung tau dok Obama sekarang ni tengah buat apa? ...errrrkkkkk.....
Yang paling happening Bonda tahu perangai anaknya masing-masing. Bonda buat saya gembira dan termenung. Gembira dengan perhatian dan segala story mory dari bonda.
Termenung bila dia ada tak puas hati dengan kita, dia akan berleter. Bagi kami, leteran Bonda bagus, sebab bila dah habis leter, dia akan terus memaafkan. Yang buat kami tak boleh tidur malam bila Bonda diam. Tak nak jawab telepon atau tak nak bercakap. Masa tu memang anak2 sudah panas la macam kena bahang api......dia sudah kecil hati.....kami mohon maaf cepat-cepat.
Bila semua anak-anak berkumpul, kami "bergalok" cerita joke kampung, macam-macam aksi dan macam-macam cerita.
Kalau nak cerita kisah Bonda, Episod tiada habis. Mohon doakan kesejahteraan dan kesihatan untuk Bonda ku yang amat dicintai: Toh Puan YM Tengku Halipah
Hidup kita kena seimbang. Kena paksa buat seimbang. Tak boleh tunggu ada masa. Kena buat masa - masa untuk ibadah, untuk keluarga, untuk sahabat, untuk mencari rezeki dan untuk menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment