Dalam masa 7 tahun kerja diSyarikat Minyak Kerang, saya dapat naik pangkat 4 kali dan dapat saham syarikat 2 kali.
Napa? Tak percaya? Takkan la saya bodek lagi kot? Apa rahsianya?
Rahsianya: shhh...jangan beritau orang yea. "Work Hard and Work Smart!" hahaha. Mesti korang stress. Bagi la formula lain. Boring la.
Yela, kalau boleh, korang nak telan 2 biji pil atau minum jus naik pangkat aja. Esok terus dapat naik pangkat, ek? Sori naik lori. Tak de pil atau jus tu lagi dicipta.
Formula saya, bila saya dah letak cita-cita, nak jadi GM, saya duk perhati apa ciri-ciri GM saya pada masa tu. Contohnya saya dapat lihat, dia pandai analisa situasi dan buat keputusan yang tepat. Mantop berkomunikasi. Pandai buat slaid. Pandai menyelesaikan masalah. Banyak betul dia pandai. Macamana aku nak ikut ni.
Dalam pada masa saya termenung, macamana nak jadi macam bos, tup tup saya tertengok rancangan CEO diTV3. Masa tu slot perkongsian oleh Tan Sri Wahid Omar.
Saya ingat lagi nasihat beliau. Bila kita mula kerja, pengalaman kita tak ada. Jadi kita kena "Work Hard" untuk mempercepatkan pengalaman.
Orang yang dah otai-otai bekerja. mereka dah mula slow down. Mereka kerja 6-8 jam sehari. Jadi kita boleh "kejar" mereka.
Contoh, kawan kita dah kerja 3 tahun. Kita baru aja masuk. Mereka kerja 8 jam sehari. Kalau kita kerja 16 jam sehari, dari segi pengalaman kita dah ada 2 hari. Selepas 3 tahun kerja, kita dah sama banyak pengalaman dengan yang kerja 6 tahun. Faham ke faham?
Dalam masa "Work Hard" tu, kita belajar Work Smart. Work Smart ni kena banyak muhasabah diri tengok apa kekurangan yang kita ada. Pastu buat praktikkan formula "accumulate", "leverage" dan "delegate".
Kita sambung lagi naaaaa....
Yang penting mula dulu dengan ada cita-cita. Baru boleh kita buat cerita.
No comments:
Post a Comment