Ternyata tak sia-sia menontonnya. Banyak pengajaran yang saya pelajari, tapi saya beri 5 perkara yang paling berkesan dihati saya:
- Kegagalan yang kita hadapi yang terdahulu tidak menentukan kita gagal selamanya. Jika kita ada daya juang dan semangat yang tidak putus asa kita boleh bangkit kembali. Malah ianya lebih hebat dari sebelumnya. (Coach White bertukar karier dari Coach Pasukan Ragbi kepada Coach Pasukan Merentas Desa pada tahun 1987. Sekolah McFarland menjadi pemenang pertama merentas desa peringkat negeri, selama 14 tahun berturut-turut semenjak tahun 1987)
- Jika bidang yang kita ceburi itu adalah bidang baru, gunalah dulu apa-apa sumber yang ada dekat dan didalam tangan kita. Perhatikan apa yang dilakukan oleh orang yang dah berjaya dalam bidang itu dan tiruversi la. (Coach White menggunakan timer yang biasa digunakan didapur untuk memasak sebagai stopwatch. Dan menggunakan timbunan simpanan kacang badam diladang McFarland sebagai bukit iaitu tempat pelajar berlatih berlari)
- Pasukan kita mempunyai Talent Code yang berbeza. Jangan main tangkap muat suruh mereka lakukan sesuatu yang sememangnya dah nyata lagi bersuluh kelemahan mereka. Fahamkan mereka visi dan misi pasukan.(Coach White melihat seorang pelajar yang dapat berlari jarak jauh dengan pantas dan 3 orang pelajar dibuang dari team ragbi kerana tidak pandai bermain)
- Berikan sesuatu yang mereka boleh buat dan dapat capai kejayaan. Apa yang kita boleh buat sebagai pemimpin/coach adalah terus berikan mereka dorongan dan semangat. Pemimpin adakalanya kena tegas, kena mendorong dan adakalanya kenalah tunjukkan mereka mengambil berat. Dah ramai sangat kat luar ni menjadi pengkritis sukarelawan dan suka melenyek semangat mereka. (Coach White berlembut, bertegas, memberi semangat dan memberi kata dorongan. Dia juga mengambil masa untuk memahami kehidupan pelajarnya diluar sekolah.)
- Sebagai pemimpin, kena selami apa motivasi dan pemacu diri orang bawahannya. Apa budaya yang telah diterapkan disesuatu tempat. Pemimpin kenalah sama turun padang merasa keperitan yang dirasai oleh orang bawah, walaupun selama ini dia sudah merasainya sebelum itu. Kadangkala orang bawahan ingin merasakan kehadiran coach/pemimpin disebelah walaupun mereka tidak "berlari" seperti kita. (Coach White berbasikal bersama-sama dengan pelajar yang menjalani latihan berlari. Dia menjadi teman, penjaga dan memberi kata-kata semangat sepanjang tempuh itu)
- Respect is to be earned. Bagaimana pemimpin mencari cara dan peluang untuk "blend in" disuatu tempat yang penuh dengan budaya dan tradisi, supaya suaranya dan pendapatnya didengar. (Coach white bersama-sama dengan pelajar memotong sayur-sayuran dan buah buahan - pekerjaan rutin pelajar di McFarland. Mereka bangun seawal 4.30am untuk menolong ibubapanya diladang sayur/buah/bunga, selepas tu baru kesekolah. Kemiskinan mereka membuatkan mereka berlari dari ladang ke sekolah, tiap-tiap hari.)
#MotivasiTINTO
No comments:
Post a Comment