Salah satu kesiapsiagaan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Digital Government adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (Change Management) untuk semua penjawat awam dan juga agensi-agensi kerajaan. Ini termasuk untuk memberi ruang kepada semua untuk menambah skill dan kecekapan dalam bidang Digital.
Kami diberi pembelajaran atas talian dan ianya sangat-sangat saya nantikan. Saya telah mula belajar online sejak 2002 dan ini bukanlah suatu yang baru. Bila dah belajar, saya kena berkongsi. Kalau tak, tak boleh sumbat ilmu baru dalam kepala otak ni, almaklum dah tua.🤣
Kali ini tentang Pengurusan Perubahan (Change Management) didalam organisasi. Tak kira la kita nak ubah apa pun - IT sistem ke, polisi organisasi ke, prosess ke, atau perkhidmatan barOta
Otak kita ni dah "hardwired" dengan sesuatu perkara atau kejadian. Apabila kita nak suruh berubah, otak kita akan sakit. Dan memerlukan banyak tenaga nak ubah "wayar" dalam otak kita ni.
Bagi pekerja yang susah nak berubah, atau dia memang dah buat kerja yang sama selama bertahun-tahun hangit lamanya, nak berubah memang sakit. huhuhu...betul-betul sakit.
Pakar saintis neuron kata bila kita belajar benda baru, kita akan menggunakan otak belah depan dan memerlukan neurons baru yang banyak untuk berhubung. Sebab tu otak kita boleh "sakit" dan kita memang penat. Jadi bila otak sakit dan penat, kita stress. Bila stress, mula sakit dan jiwa kacau.
Jadi macamana kita nak menangani ni? Kata cikgu yang ajar pasal topik ini, ada strategi untuk menukarkan minda "Old Thinking" atau petukaran Paradigma:
- Kita fokus pada "problem solving" - bukan cari silap, cari pasal, cari kesalahan orang
- Penyelesaian yang dibangunkan adalah dekat dihati mereka, ianya adalah personal, asbab terseksa dengan proses lama
- Mereka belajar, lepas tu terus praktis "hands-on". Bukan belajar, lepas sebulan baru nak pikir nak buat apa
- Mereka ada support group. Bila-bila mereka ada masalah ada tempat nak bergantung, tempat bertanya. Bila setiap orang "own" it, baru la perubahan berlaku. Jadi apa yang disimpulkan, cara brutal, boleh ubah otak/minda, apa pun boleh berubah.



