Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 4

Kita sambung cerita dari Episod 2 yea. Episod 3 tu Episod selingan. Ala...macam tak biasa tengok cerita drama korea. Kan banyak flashback sana sini. haha.

Saya kan dah dapat kerja Senior System Engineer di Syarikat Minyak. Memang tekad dah tak nak jadi pengurus atau pemimpin. Nak jadi technical specialist. Sebabnya gerun baca buku Dr Hamka yang mengatakan pemimpin tak adil masuk neraka paling awal.

Dengan gembira selepas seminggu berkursus saya pun masuk kerja. Jumpa dengan bos baru. Ditugaskan untuk menyelesaikan masalah teknikal untuk pengguna diserata dunia.

Tiap hari saya nganga dengan teknologi yang digunapakai oleh syarikat minyak ni. Ianya berkala besar, boleh di capai di serata dunia dan saya cuma kena selesaikan segala masalah teknikal dengan hanya duduk didepan komputer. Tak yah bawa kereta, naik kapal terbang kesana kemari. Canggih sungguh!

Dipendekkan cerita, selepas 1.5 tahun, bos saya panggil nak bincang karier saya. Kata bos, mereka perlukan Helpdesk Manager. Dia nak suruh saya uruskan. Saya tak nak. Berkeras nak jadi Technical Lead. Bos saya pujuk. Hanya untuk setahun katanya. Dia akan naikkan pangkat.

Dengar aja naik pangkat, kechingggg.....ini duit masyukkkkkkk. Maka saya bersetuju. Memang tak tahu la kan bala yang akan menimpa tu berbaloi ke tak dengan naik pangkat.

Selepas beberapa bulan, saya mula mengatur langkah untuk penstrukturan semula pasukan saya. Saya bentangkan pada bos. Dia setuju. Beberapa jawatan baru akan ditubuhkan.

Kami berbincang untuk membuka pengambilan kenaikan pangkat pada pasukan yang sediaada. Untuk ketelusan pemilihan, kami minta 3 penemuduga dari berbilang bangsa dan kaum. Kita pun temuduga la ikut proses syarikat. Ingat ke tak adala apa-apa kontroversi.

Tup-tup masa pemilihan dibuat tiada calon dipilih dari salah satu kaum. Dah memang tak menepati kriteria pada jawata yang kami nak buat masa tu. Saya dituduh racist. Siap pihak atasan dapat surat layang mengenai saya. HR panggil saya, Big Bos panggil saya dan ditanya bagaimana proses pemilihan dijalankan. Didalam fikiran saya, habislah karier saya. Dah kena mula kemaskinikan cv gamaknya. Mana silapnya? huhuhu.

Saya jumpa bos. Meraung menangis. Kata saya. Ambil balik la.pangkat dan kenaikan gaji tu. Saya tak nak. Saya nak jadi balik Technical Lead. Boleh ek camtu? hahaha.

Terkedu bos. Apa kes minah ni melalak pulak. Dia dengar masalah saya. Dia nasihat, inilah proses pembelajaran untuk menjadi pemimpin bukan pengurus. Jika awak sudah lakukan yang terbaik untuk menjadi telus dan berada dipihak yang benar. Jangan menangis. Jalan terus. Saya terus kesat airmata dan sambung kerja. Macam robot la plak. hahaha.

Telus pada kita, tidak telus pada orang. Dan bukan 100% orang akan suka dengan apa saja keputusan yang kita buat.

Kami nekad dengan keputusan. Bersama-sama dengan pasukan baru, kami berganding erat melakar kejayaan demi kejayaan. Saya belajar erti "There is no one perfect person but there is a perfect team!".

Lama cerita pasal ketidakadilan ini menghantui diri saya. Tapi saya berdoa, semoga Allah tidak menghukum saya kerana saya telah cuba melakukan yang terbaik.

Tahun lepas, selepas lebih kurang 11-12 tahun kejadian ini berlaku, salah seorang bekas staf dari kaum yang menuduh saya racist datang menegur saya. Dengan gembiranya dia memberitahu rakan-rakan dan staff sekelilingnya bahawa saya ini Pemimpin Legend kerana menghargai dan mempercayai talent staf. Kata beliau dengan bangga "If not because of her believes in me while other managers rejected me, I will not be here today. Intan, I am proud to tell you that I am now a Global manager and thanks to you"

Saya terharu, hampir menitis airmata. Tahan macho wooo. Rupanya dengan pengakuan itu telah membuat satu closure trauma dan label racist dalam diri saya untuk sekian lamanya. Legaaaaaaa...

Episod selingan: Bonda saya yang happening!.

Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang. Tapi yang penting kita kena ikhlaskan hati dalam diri untuk semua orang. Apa-apa yang kita lakukan, baik atau buruk, akan ada balasannya kembali pada kita. Berhati-hatilah apabila membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment