Big Data Analytics (BDA) - 6
Kita sambung lagi cerita analitik. Ada 3 jenis lagi nak kena terangkan.
.
3. Jenis analitik yang ketiga dipanggil “Predictive Analytics” – ahli nujum gitu. Analitik sebegini dapat menjangka apa akan terjadi, dan bila akan terjadi.
.
Contoh, tiap-tiap tahun, bila musim cuti sekolah, pendapatan kita memang akan bertambah, kalau tak banyak pun akan bertambah sikit. Tiap tahun, kita akan main agak-agak keputusan untuk tambah pengeluaran produk pada musim cuti sekolah. Kadang terlebih, maka banyak stok berlebihan. Kadang terkurang, makanya tak dapat menampung permintaan pelanggan, dan peluang nak tambah pendapatan syarikat, luput begitu sahaja.
Sistem BDA ni bila dah belajar corak, ia akan memberi notis pada kita, kena tambah produk tertentu untuk menampung permintaan untuk pelanggan yang tertentu. Menujum sebegini, tak boleh guna data untuk sebulan dua, kena makan tahun. Sistem kena belajar corak, dan buat simulasi. Kita kena pastikan simulasi ini tepat. Bukan main letak data dalam sistem, pastu tekan butang, dan semua “prediction” dan “forecast” berlaku sekelip mata. Inilah salah tanggapan manusia tentang BDA. Dia ingat BDA tu ada Ahli Silap Mata, dengan satu butang petik semua masalah selesai. 🙄
.
Analitik sebegini dah memang tahap canggih. Kena ada “Artificial Intelligence - AI” atau pembelajaran oleh mesin/sistem (Machine Learning -ML) dan juga pakar data yang dipanggil saintis data.
.
4. Analitik tahap tertinggi di panggil “Prescriptive Analytics”, boleh memberitahu kita tindakan apa yang perlu kita ambil.
.
Sebelum capai tahap ni, kena ada orang yang catit dan masukkan segala aktiviti dan tindakan yang diambil supaya sistem ni belajar. Proses ini berulang-ulang kali, bukan sekali aje buatnya. Kalau tak macamana mesin ni nak belajar. Macam manusia juga la, nak pandai kena belajar, kena ada yang bimbing.
Contoh, sistem dah bagi tahu, pelanggan umur 30-35 keatas, akan pulun beli barang tertentu pada waktu tertentu. Sistem yang ada AI/ML akan mula bagi notis, untuk promosi barang tu untuk lingkungan profil pelanggan yang tertentu supaya kita tak terlupa. Biasanya dia akan bagi notis dalam bentuk macam ni "If you promote this item at this xxxxxx targeted customer segment, you will get 95% chance of this xxxxx product will be sold out within xxx days/weeks". Canggih kaaannn.
.
Satu lagi contoh, sistem akan bagi nasihat, jangan promosi kan produk tertentu, pada pelanggan tertentu sebab, dalam “sejarah” tindakan macam tu tak pernah laku. Jadi kalau kita orang baru bekerja dalam syarikat, tak ada la kita buat kesilapan yang besar. Tapi ada jugak kes, satu dalam sejuta dinamakan “miracle happens”. Yang ni sistem canggih macammana pun tak dapat nak tolong. Redha ajela.🤣
5. Analitik yang terakhir, analitk tahap dewa dipanggil “Cognitive Analytics”. Ni dah tahap nak tiru sebiji macamana manusia dapat menganalisa data. Sistem dan Mesin masih tak boleh menandingi kepakaran manusia dalam menganalisa. Sistem tak ada intipati ihsan dan dapat mencantumi segala aspek luaran dan dalaman persekitaran dalam membuat keputusan.
Ada kemungkinan keputusan sistem ini akan memutuskan, kalau nak tambah pendapatan, buang pekerja. Sebabnya data yang ada dalam sistem adalah hanya data kos yang tinggi dalam mengaji pekerja. Tapi sebagai manusia, kita tidak akan terus membuat keputusan macam tu aje. Kita akan menggunakan elemen empati, atau segera menggunakan pemikiran kritikal dan mencantumkan segala strategi dan model perniagaan, dan juga melihat perkhidmatan yang baru, yang boleh dilaksanakan dengan terlebih awal dari perancangan asal. Ini membolehkan kita masih dapat menggunakan kepakaran pekerja kita.
Sehabis ringkas, saya cuba berkongsi ilmu tentang BDA ini, tanpa teknikal terlampau. Moga-moga tuan-puan mendapat manfaat.