Big Data Analytics (BDA) - 2
Lepas kita dah ada data, nak buat apa ya? Simpan dalam gua ke? Idakla weeii. Kita kena terjemahkan data dalam bentuk gambar. Errr...data kena lukis jadi pokok ke? Hikhik. Terjemahan data ini dipanggil Data Visualization. Macam2 rupa graf, peta, carta, 3D boleh diterjemahkan dan terbentuk.
.
.
Menterjemah data ini bukan boleh hentam kromo. Kena tahu graf apa, untuk beritau mesej apa, nak cerita macamana dan untuk siapa. Kalau minat nak belajar, boleh baca buku Advanced Presentations by Design oleh Andrew Abela.
.
.
Bila dah mula buat satu carta, kita mula nampak, apasal tak betul carta ini? Rupa2 nya data tak cukup, atau data salah atau data "kotor". Makanya kenalah yang tak cukup tu diadakan, yang salah tu kena betul kan, yang kotor tu kena bersihkan. Proses ini berulang2 kena buat dan nama teknikal diberi adalah "data mining", "data validation" dan "data cleansing".
.
.
Kalau nak cerita dan faham satu persatu, memang dah masuk alam lain. Kita ringkas2 sahaja.
Bersambung



No comments:
Post a Comment