Setiap perniagaan yang kita jalankan adalah unik. Yang paling utama kita kena tahu matlamat dan tujuan yang kita hendak capai.
Apabila menimba ilmu dapatan dari orang yang berpengalaman, jadikan ia sebagai panduan untuk kita olahkan bersesuaian dengan perniagaan kita.
Yang penting kita cuba laksanakan. Kadang-kadang apa yang kita cuba itu tidak tepat pada masanya. Terlampau "advance", katanya "too revolutionary". Maka tangguhkan dulu. Jangan terus buang. Sampai ketika nanti, kita cuba lagi. InsyaAllah kita akan nampak hasilnya.
p/s Kisah seorang pengurus yang telah mencuba satu kaedah perlaksanaan baru tetapi tidak berkesan. Selepas beberapa tahun, pengurus baru datang, mengemukakan dan melaksanakan kaedah itu. Semua ahli pasukannya yang lama mencemik dan mencemuh "Dah cuba dah dulu, tak jalan pun!".
Tetapi Pengurus baru tetap melaksanakannya dengan beberapa ahli pasukan lain yang berpengalaman. Ternyata ianya berjaya. . Terkadang idea yang baru, tidak matang untuk dilaksanakan pada waktu itu. Penting untuk catit idea-idea tersebut untuk dikitar semula bersesuaian pada waktu dan tempatnya.
No comments:
Post a Comment