Friday, November 25, 2016

Travelog TINTO #23

Berpeluang menaiki satu lagi tram yang hanya untuk menaiki bukit.

Pengangkutan yang pelbagai di Lisbon memang mengkagumkan. Tram, Metro Underground, "tuk tuk", basikal, kereta "smart", kereta seakan "go cart", dan macam-macam lagi.

Agaknya selain dari muzium seramik, mereka patut buka muzium pengangkutan. hihi.



 

Travelog TINTO #22

Destinasi seterusnya mencari Masjid. Seusai sampai sahaja di Lisbon, suami saya telah menyebut, nak cari masjid di Lisbon.

Walau terasa betis macam dah nak tercabut dari badan, digagahi juga berjalan.

Memang teramat berbaloi walau pinggang dah nak hilang! haha.

Suasana yang tenang dan kusyuk menyapa tatkala berada dirumah Allah. Nikmatnya tidak terhingga.

Travelog TINTO #19

Pagi ini suami kata kena keluar awal. Nak kejar Tram. Nanti ramai orang.

Perjalanan 1.5 jam. Naik Tram yang mungkin beratus tahun lamanya.

Menyusuri bangunan yang indah senibinanya yang rata-rata ada tampalan seramik yang unik dan cantik.

Jalannya sangat sempit. Boleh lihat rakaman video ini.

https://www.facebook.com/tgintannarqiah/videos/10154586241184526/



Travelog TINTO #20

Bila melihat bangunan lama yang tersergam indah, saya teringat seorang sahabat yang akan teruja dengan senibina ini.

Puan Suhaili Suid, gambar-gambar ini buat tatapan Puan.

Balkoni yang di ukir cantik beserta dengan seramik yang berlainan corak dan warna. Memukau dan leka pandangan mata.


Travelog TINTO #21

Penduduk di Lisbon, adalah berbilang bangsa. Sedang kami bersiar-siar, terjumpa seorang lelaki cina tua sedang mengamalkan senaman kungfu menggunakan pedang.

Sangat berhati-hati dia mengatur langkah dan nafas. Kalau tak kerana nak kejar tram, mungkin lama lagi saya disitu, melihat cara lelaki ini.

Siap haribulan mahu kena ditemuduga oleh saya. hahaha.

Travelog TINTO #17

Terjaga pukul 3 pagi waktu tempatan. Bilik tak ada penyaman udara, tapi sejuk bukan kepalang.

hmm.. Jetlag melanda. Minum 3 teguk air. Basah sedikit tekak yang sudah kering.

Cuba sambung lelapkan mata. Gagal. Baca sekejap cerita guru dan sahabat-sahabat dimuka buku.

Sambung untuk lelapkan mata. Keruhan nyenyak BFF memecah keheningan dinihari.

4.30 pagi. Zikir.

Travelog TINTO #16

Seharian makan "junk" food. Malam ini nak makan ikan. Ikan sardin Portugal.

Cafe kecil tepi "guest house", menjadi pilihan kami kerana harganya bukan harga restoran yang mahal.

Alhamdulillah, makanan orang portugis sangat simple. Ikan sardin dibakar tiada perencah dan sayur segar.

Nak tambah perisa, tambah cuka dan minyak zaitun.

Ikan sardin banyak tulang dan rasa macam ikan terubuk. Sedap.

Travelog TINTO #15

Buat tinjauan ke tempat yang kami akan berkampung selama 3 hari.

Persekitaran yang nyaman dipandangan mata dengan tempat untuk pelbagai aktiviti disediakan.

Hari beransur senja. Sekarang pukul 4pm. Maghrib pukul 5.35pm. Angin sejuk mula memukul tulang.


Travelog TINTO #14

Pendaftaran bermula untuk Web Summit. Dijangka 50,000 peserta akan hadir dari serata dunia.

Setiap hari, sekretariat mereka menghantar maklumat melalui email dan dari aplikasi mobile.

Ada pelbagai panduan dilampirkan sebagai Startup, untuk mentoring, mengenali Lisbon dan aturcara agenda konferen.

Travelog TINTO #13

Bahasa rasmi adalah bahasa Portugis. Ola!

Memang susah nak baca dan teka apa yang ditulis. Tapi rata-rata boleh berbahasa inggeris.

Mereka bercakap mengatur dan mencari ayat yang sesuai, macam kita juga.

Kurang mesra, tak macam orang kita, bila kita suruh dia ulang 2-3 kali. Haha. Habis tu, saya tak faham nak buat macamana.

Travelog TINTO #12

Bangunan disini melambangkan budaya kesenian yang diunggulkan.

Cuaca sekejap panas, sekejap hujan, rasa macam dalam cerita hindustan!

Disini ikan sardin adalah makanan yang banyak disajikan di restoran. Siap ada museum tin ikan sardin!

Travelog TINTO #11

Pukul 6 am. Alhamdulilah dapat tidur nyenyak.

Guest house hotel bertaraf 2 bintang, ditengah bandar Lisbon menjadi pilihan. Dekat dengan Metro underground, pengangkutan utama kami nanti.

Pemandangan dari bilik hotel kami.

Misi hari ini, membeli Metro kad untuk pengangkutan sehingga 11 November 2016 dan jalan-jalan sekitar Lisbon.

Cuaca hujan renyai-renyai. 16 degree celcius.

Travelog TINTO #9

Tak boleh tahan. Tak sampai 24 jam, tewas cari nasi jugak. Hahaha.

Cara masakan Itali - Seafood Risotto.
Cara masakan Malaysia - Nasi goreng seafood basah.

Rasa - lebih kurang sama aje.

p/s jenuh menunggu penerbangan ke Lisbon. Lagi 2 jam nih.

Travelog TINTO #8

Terbaca satu artikel didalam akhbar di London.

Dolce & Gabbana juga merekacipta busana muslimah.

Dianggarkan pasaran industri fesyen busana muslimah adalah sebanyak USD2.6 trillion!
Ini power!

Travelog TINTO #7

Ini yang dikatakan perkhidmatan menepati kehendak pelanggan.

Ruang legar di lapangan terbang mempunyai tempat duduk khas untuk mengecaj telepon dan laptop.

Kalau nak bayar ada kaunter layan diri. Tapi plastik tidak diberi yea. Mesra alam.

Travelog TINTO #6

Sampai Terminal 5, menggagau cari prayer room. Prayer room kat terminal 3. Ke terminal 3 kena naik bas.

Alhamdulilah jumpa Prayer room.

Transit disini sampai 3.30 petang waktu London. Nanti baru ke Lisbon.

Terkenang makanan kegemaran dulu. Tetiba lapar nak minum English tea dan makan scones. Lidah dah tukar jadi Queen Elizabeth la pulak. mana nak cari...hahaha

Travelog TINTO #5

Dapat tidur 3 jam. Makan 2 kali. Nasi lemak dan English breakfast. Sedap.

Wayang dapat tengok 3 cerita. Kung fu panda 3,Me before you, dan Equity.

Alhamdulilah, dalam kepala mamai baru sampai Heathrow Airport, London.

Sejuk. 8 degree celcius. Pukul 6 pagi.

Travelog TINTO #4

Fikir punya fikir perkhidmatan global apa yang boleh saya buat, tetiba dapat panggilan dari Koperasi MCA.

Katanya berminat nak tahu lebih lanjut perkhidmatan penilaian IT.

Mesyuarat ditetapkan. Tanya dua soalan. Jawapan diberikan. Mereka tidak perlukan penilaian dan mereka tiada bajet.

Allah bagi Ilham. Penyelesaian pada perkara diatas. XSESIT.

Travelog TINTO #3



Lepas ni 14 jam dalam kapal terbang. BFF singgah untuk melanggan Flexiroam.

Dapat berhubung melalui internet dimana saja kita berada.

Tak payah tukar sim card.

Travelog TINTO #2

Terima kasih sahabat dunia akhirat. Flag off kami ke Lisbon.

Ini bukan perjalanan percutian. Ini perjalanan peluang mengembangkan perniagaan.

Doakan saya.

Travelog TINTO #1

Bermula alkisah pergi dengar seminar TPPA. Lepas tu otak bergegar-gegar pikir.

Persaing nanti adalah dengan syarikat global.

Apakah nasib ku dan Qaaf Resources? Macam mana nak bertahan? Kena pikir sesuatu.

Perkhidmatan yang GLOBAL. hmmmm. Kita makan dulu. hihihi.

KISAH TINTO : EPISOD KHAS 1

Ini episod khas. Mana pengalaman yang saya teringat saya kongsi yea. 

Saya teringat masa mula-mula baru menubuhkan unit latihan komputer didalam syarikat. Staff tak ada. Semua kerja kena lakukan seorang diri.

Dari memantau pembinaaan bilik kelas komputer, membina modul latihan, merancang tarikh latihan hingga memberi latihan pada para pekerja syarikat.
Pengalaman yang terindah apabila memberi latihan pada para guru secara percuma mengajar bagaimana nak menggunakan komputer.

Punya la mereka sangat takut nak guna komputer, semua pakat tak nak sentuh. Takut meletup, takut rosak katanya. hahaha.
Saya muka terfikir. Macamana nak suruh mereka hilang ketakutan dan fobia dalam diri. Saya mula cabut semua wayar-wayar dikomputer mereka dan suruh mereka pasang balik. Rupa-rupanya teknik itu berjaya!

Mereka amat berterima kasih kerana mehilangkan ketakutan dalam diri dan mahu membeli komputer untuk tingkat produktiviti. Ini cerita tahun 1997.
Apabila dapat memberi satu ilmu kepada orang yang dahagakannya, ianya memberi satu kepuasan, seperti bebanan hutang terlepas dari ikatan diri.

Sejak dari itu, saya tekad untuk jadi span. Menyedut ilmu sebanyak mungkin. Supaya dapat sebarkan bila diminta, supaya jadi orang yang bermanfaat.

KISAH TINTO : EPISOD TERAKHIR

Untuk jawatan terakhir sebelum saya berhenti dari dunia korporat, dunia makan gaji., saya ditemuduga secara santai oleh Managing Director dari sebuah syarikat gergasi IT dikedai mamak.

Beliau menerangkan apa yang ingin dia lakukan untuk syarikat yang pernah dimiliki oleh ayahnya dan hasratnya ingin menjadikan syarikat itu dari "Good to Great." Inspirasi sebegini membuat saya teruja. Saya ingin bersama-sama dengan pasukannya untuk tujuan itu.
Lepas temuduga, saya kena hadiri lagi satu temuduga dan ujian personaliti. Saya dapat kerja tu. Jawatan GM merangkap Ketua anak syarikat. Anak syarikat yang menyelenggara dan menyokong infrastruktur dan sistem IT untuk pelanggan-pelanggan yang terdiri dari kerajaan dan juga swasta. Prrolehan pendapatan anak syarikat itu adalah puluhan juta setahun.
Langit tak selalu cerah. Ku sangkakan panas sepanjang hari rupanya hujan di tengahari. Saya diuji oleh Allah dengan satu penyakit.

Dengan berat hati saya jumpa dengan MD menyatakan situasi saya ketika itu. Saya nampak kekecewaan diwajahnya. Ditawarnya untuk saya mengambil cuti tanpa gaji. Saya terpaksa menolaknya. Tidak adil pada pekerja. Pekerja yang mengharapkan ketuanya sentiasa memberi "direction" apabila diperlukan.
Keluarnya saya dari jawatan itu sekaligus mengundang tohmahan dari serata orang.
"Terjun bot sebelum waktunya."
"Tinggalkan pekerja terkapai-kapai setelah mempunyai strategi dan perancangan yang sama-sama dibuat"
"Dibuang kerja kerana prestasi teruk."
Saya telan. Saya pasti Allah tahu apa yang dilakukanNya. Saya tekad untuk baiki keadaan diri saya. Mencari penawar pada penyakit.
Sehingga sekarang MD syarikat itu menjadi mentor yang saya hormati.
Keluarlah saya secara rasmi dari dunia korporat dan dunia makan gaji.

Saya belajar untuk berjaya sebagai pekerja saya perlu jaga dan tambahbaik kemahiran saya dan ekosistem bos saya.

Untuk berjaya sebagai bos dan CEO, saya perlu jaga dan tambahbaik perniagaan/kemahiran, ekosistem pekerja dan pihak berkepentingan saya.

Dengan pembelajaran dan pengalaman itu saya terjun ke dunia usahawan. Dunia yang seperti langit dengan bumi dengan dunia makan gaji.

Ekosistem usahawan tidak dapat dilakar. ianya seperti neuron diotak. Sekejap menyala, sekejap malap. Nak tahu kisah TINTO dalam dunia usahawan kena tunggu 17 tahun lagi!

Terima kasih menjadi pembaca tegar KISAH TINTO. Mungkin jika ada cerita menarik lagi yang saya dapat keluarkan dalam memori "ikan dori" saya ini, saya akan bersiaran kembali.

KISAH TINTO: EPISOD 23

Diantara tugasan CEO Syarikat Milik Kerajaan, adalah saya perlu hadir ke majlis berkenaan dengan IT yang dirasmikan oleh Menteri/Timbalan Menteri dibawah Kementerian syarikat itu.

Adalah sekali tu, saya diberitahu yang saya kena hadir kemajlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di satu negeri.

Saya dan COO yang menurut perintah pergilah ke Majlis tu.
Mula-mula kami kena menyanyi lagu negara ku. Ok lah. Ini memang standard dalam majlis rasmi kerajaan.

Lepas tu datang pula orang memberi bendera Malaysia dan pin baju lambang parti. Kami diarahkan untuk sambung berdiri. Kami mula duk belek2 pin tersebut dan Mula berpandangan sesama sendiri.

Kedengaran semua menyanyikan lagu parti sambil mengibarkan bendera.
Muka saya dan COO dah mula pucat. Awat pulak majlis rasmi kerajaan menyanyi lagu parti ni? Kami turut mengibarkan bendera, tapi tak nyanyi sebab manalah kami reti nyanyi lagu parti!

Lepas tu majlis bersambung dengan ceramah dari Timbalan Menteri yang berapi-api. Mak Aih...
"Majlis apa yang kita datang ni?" Saya berbisik pada COO.

"Ntah Boss, orang YB cakap kita kena hadir, saya tak banyak soal ikut menonong." balasnya dalam bisikan juga , sambil berkerut dahi.

Lepas habis majlis, Timbalan Menteri nampak kami.
"Apa Ku buat kat sini?", tanya YB.
"Bukan YB suruh kami datang ke?", jawab saya. Muka dah cuak habis.
"Tak delah, saya tak suruh datang majis pagi ni. Saya suruh datang majlis petang nanti. Tapi terima kasih kerana datang menyokong" jawab YB sambil tersenyum
Hahahaha....Punggah!!! (ikut loghat Penang)
Pengalaman ini memang tersemat dalam diari. Lawak ada, malu pun ada.

Sekejap sahaja saya memegang jawatan CEO disini. Saya akur yang saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai majlis dan mesyuarat rasmi kerajaan yang perlu saya hadiri.
Saya memang mohon maaf kepada pekerja disyarikat itu kerana mengundur diri disaat mereka memerlukan suatu perubahan. Sehingga sekarang saya masih rapat dengan mereka.

Ada perkara yang kita cita-citakan tidak semestinya baik untuk kita. Percaya pada ketentuan Allah. Dia yang tahu apa yang paling baik untuk kita.

Bersambung - Episod Akhir....Selamat Tinggal Dunia Korporat...

KISAH TINTO: EPISOD 22

Sahabat talipon. Ada peluang untuk menjadi CEO syarikat IT milik kerajaan. err..Saya cakap, saya tak bersedia.

"Mana tau tak bersedia kalau tak cuba?" tanya sahabat.

"Banyak perkara saya tak belajar lagi." jawab saya.

"Ala aku bagi nama aja, suruh headhunter ni interview ngko. Ambil pengalaman. Bukan semestinya ngko dapat pun" pujuk sahabat.

"Boleh la". Saya jawab. Dalam hati tertanya-tanya, adakah ini satu peluang dan jawapan pada doa saya didepan Kaabah?
Saya berdoa pada Allah, izinkan saya mendapat kerja dekat dengan keluarga. Terasa sudah seperti jauh dengan mereka. Izinkan saya tercapai cita-cita hendak menjadi CEO sebelum dijemputNya. Mahu menjadi idola kebanggaan anak-anak, supaya mereka berdaya saing dan dapat meneruskan hidup didunia dan akhirat dengan berjaya.
Headhunter mula menalipon saya dan menemuduga. Katanya saya adalah candidate yang sesuai. Suruh saya bersedia untuk dipanggil interview.
Saya mendapat idea untuk membuat satu perbentangan. Perbentangan mengenai apa scenario semasa perniagaan syarikat itu dan apa yang akan saya sumbangkan.
Perbentangan didepan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat tersebut membuahkan hasil. Saya dapat jawatan tersebut. Di usia 41+ saya memegang jawatan CEO.
Terasa tanggungjawab yang menggunung. Berat pundak bahu memikul: Mana nak bangunkan perniagaan, bangunkan pekerja, nak jaga pihak berkepentingan lagi.

Tugasan ini juga adalah Chief Entertainment Officer. Dari seorang teknikal korporat kepada seorang kena pandai melobi projek. Sangat jauh jurang kemahiran. Tapi kena telan demi untuk pekerja dan perniagaan.
.
Bersambung...salah masuk Majlis Timbalan Menteri!

KISAH TINTO: EPISOD 21

Saya mula kumpul duit untuk pergi haji, semenjak menerima gaji pertama. Saya bermula dengan RM10 sebulan. Bila ada kenaikan pangkat, saya tingkatkan tabungan. Niat dan cita-cita bersulamkan tindakan. Walau sedikit ianya istiqamah.

Pada waktu saya mendaftar haji, tempoh menunggu hanya 5 tahun. Tak macam sekarang macam menunggu pokok gaharu mengeluarkan hasil. Berbelas tahun. haha.
Bila tahun yang ditetapkan telah tiba, Tabung Haji mengeluarkan surat. Hati saya sangat gusar. Kerja baru bermula. Banyak perkara dipejabat diamanahkan hendak disiapkan. Ilmu haji pun belum di pukat sepenuhnya. Saya suami isteri minta tangguh satu tahun. Tabung Haji luluskan.
Pulun setahun itu, siapkan tugasan dan belajar mengenai manasik haji. Buku, kursus, tanyalah ustaz bersilih ganti memenuhi ruang dan waktu pada masa itu. Yang paling penting penyucian hati dan rohani untuk menjadi tetamu Allah.
Walaupun saya baru bekerja hampir 2 tahun disyarikat itu, saya bersyukur CEO memberi kelonggaran dan meluluskan permohonan bercuti tanpa gaji selama 40++ hari.
Nasib baik semua kerja saya, didokumentasi dan disimpan secara teratur ditempat yang boleh dicapai oleh staff saya. Tiada rahsia kecuali hal-hal mengenai gaji dan fail peribadi mereka. Inilah yang saya sentiasa amalkan.
Inilah konsep yang mentor saya cakapkan "Get yourself out of your job". Bila kita selalu fikirkan macamana nak selesai dan memudahcarakan kerja kita supaya orang lain dapat ambil alih, bila ada peluang sebegini, kita tak susah hati untuk lepaskan kerja.
Pengalaman haji saya sangat indah dan mudah. Dapat melihat kebesaran Allah didepan mata. Ketenangan dan kekusyukan beribadat terasa manisnya.
Tercapai cita-cita saya melakukan ibadah haji pada umur 40 tahun! SubhanAllah! Tangisan kegembiraan meliputi ruang.
Bagi saya, hampir kesemua cita-cita saya yang saya tulis dalam sebuah buku/journal peribadi saya tercapai. Benarlah Firman Allah taala, "Berdoalah maka Aku perkenankan."

Bersambung - Doa untuk menjadi CEO dimakbulkan

Imbangkan cita-cita untuk dunia dan akhirat. Pasti bahagia hidup kita.

KISAH TINTO: EPISOD 20

Setiap syarikat korporat tertakluk kepada pengauditan. Biasanya setahun sekali aje. Tapi kat syarikat ni kena audit 3 kali setahun:
1. Audit yang dilakukan oleh unit dalaman syarikat;
2. Audit yang dilakukan oleh syarikat yang di lantik oleh jawatankuasa audit syarikat;
3. Audit yang dilakukan oleh syarikat yang dilantik oleh pemegang saham terbesar syarikat.
Ngko ada?
Bila nak audit ni memang jantung boleh gugur. Sebabnya macam-macam juruaudit akan minta. Memang berasaplah, mereka bukan cari pasal ke apa (baik sangka..baik sangka..sekarang giliran saya pulak jadi juruaudit - hahaha).
Saya dah merasa sengsara bila juruaudit datang kita tidak dapat berikan bukti dari dokumentasi yang secukup. Kena jawap dengan macam-macam pihak. Kadang terasa macam dalam mahkamah sedang dibicarakan. dup dap dup dap.
Jadi saya belajar. Dalam dunia IT untuk mendapat audit yang memuaskan, kita kena tulis, simpan dokumentasi penting dalam kerja-kerja yang melibat:
1. Penggunaan wang syarikat (bocor duit syarikat, bocor la keuntungan).
2. Pengurusan keselamatan dan pengurusan penggunaan dan penyimpanan informasi dan data-data syarikat, terutama sekali yang dikategorikan sebagai Rahsia (kena sediakan infrastruktur dan sistem IT untuk tampung simpanan data/rekod selama 7 tahun - ini adalah undang-undang yang kena patuh).
3. Pengurusan identiti didalam pengunaan sistem IT - siapa dapat guna apa (akses) dan apa peranan mereka. (Ini untuk mengelakkan orang boleh guna dan manipulasi data syarikat terutama sekali sistem yang melibatkan transaksi wang)
4. Menyediakan dan melaksanakan Pelan kesinambungan perniagaan (BCP) untuk infrastruktur dan sistem IT. (Ini untuk kesinambungan perniagaan jika proses kritikal perniagaan telah di automasikan. Kalau proses ini terhenti, perniagaan akan rugi)
Setakat ini itu aje yang teringat. Ada lagi tu, tapi itu yang banyak kali asyik kena selalu ditanya oleh juruaudit.

Leceh ek? Leceh memang. Tapi amalan korporat ini lah yang buat kami boleh menyelenggara dan menyokong infrastruktur, sistem, laptop, smartphone dari jumlah:

= 36 pengguna IT ke 500 pengguna IT
= 1 pejabat ke 7 pejabat termasuk Singapura
dalam masa 3 tahun!

Tu baru jabatan IT. Bayangkan kalau pendiri atau usahawan mempraktikkan amalan korporat ini untuk perniagaan...pergh..."fast high growth" jika mereka tahu bagaimana.

Iklan sikit boleh? Boleh daftar untuk program SPEAK sekarang untuk belajar amalan korporat dalam perniagaan. Sila tengok komen.

Episod Kisah TINTO dah dekat nak habis. Kisah pengajaran dalam dunia saya bekerja dan dalam cita-cita yang saya ingini.

Cita-cita nak pergi haji pada umur 40 dan nak jadi CEO belum tercapai. Tercapai aje tu, episod Kisah TINTO akan tamat. Bersambung lagi.

KISAH TINTO : EPISOD 19

Mendapat pasukan yang baik ini, perumpamaannya bila kita baling bola, ada orang sambut. Apa-apa kerja yang kita berikan ada orang menyahut dan menyambut melakukannya. Tak de yang buat memek muka, tak de yang biarkan ianya berlalu tanpa apa2 status atau berita.

Disyarikat ini, saya bernasib baik dapat memilih ahli pasukan yang saya ingini. Mereka adalah berbeza-beza personaliti. Ada dove, ada helang, ada peacock dan ada burung hantu. Dan saya cuma ada 4 staff termasuk saya 5 orang.
Tapi dengan mereka, kami dapat menyediakan laptop dan blackberry pada hari pertama pekerja masuk dalam pejabat. Ini bermakna pekerja baru masuk sehari sahaja syarikat ni, terus boleh buat kerja. Tak payah termenung 2-3 hari.
Dengan mereka juga, kami dapat membina, menyediakan dan menyelenggara infrastruktur IT dan sistem IT untuk 7 pejabat, lebih 10 subsidiari, termasuk di Singapura and ibupejabat dan menyokong lebih 500 pengguna IT dalam masa 3 tahun.
Macamana kami buat tu? Pembahagian tugas amat penting. Siapa buat apa.
Contoh mudah. saya akan beritau projek apa syarikat perlukan dan memberitahu tarikh bila mereka kena siapkan dan berikan pada saya.
Staff A akan buat rangka strategi.
Staff Y akan buat kupasan dan mengayat.
Kami bertiga, Staff A, Y dan saya akan mula juga buat pelan tindakan untuk bidang masing-masing.
Staff P akan memberikan data untuk menyokong pelan tindakan.
Staff N akan membuat persediaan untuk memanggil sesiapa orang yang berkepentingan untuk mesyuarat dan juga proses pentadbiran yang lain-lain.
Apabila mereka siap, saya akan "kosmetik" kan dia untuk tujuan pembentangan kepada pihak berkepentingan dan simpan satu salinan dalam folder dengan aturan yang senang dicari nanti.
Kami saling melengkapi.
Jika projek itu diluluskan, kerja kami adalah untuk memantau perlaksanaan projek oleh "IT Service provider" dan "update" status projek kepada bos saya tiap bulan. KPI kami memang kami warwarkan dalam laman web dalaman syarikat. Telus. Kalau merah ke, kuning ke, hijau ke, semua kami paparkan.
Nak buat semua benda diatas memang leceh. Kena ada seorang yang memang ringan mulut dan tangan nak "follow up" bab-bab laporan dan dokumentasi.
Tapi bila kita dapat manfaatnya? Bila tiba masa kena audit. Kami dapat keputusan "Satisfactory". Bukan senang nak dapat keputusan macam ni. Kenapa yea? Kita sambung.

KISAH TINTO: EPISOD 18

Demi mengejar impian, mencari rejeki untuk keluarga, dan terutama sekali saya memang seronok dengan kerja tu, saya sanggup untuk berpindah ke ibupejabat syarikat diJohor Bahru.
Maka bermulalah pemanduan kereta saya berulang-alik dari Subang ke Johor Bahru tiap-tiap minggu.
Perjalanan 350KM. Pagi buta hari Isnin, saya memandu kereta ke Johor Bahru. Untuk sampai ditempat kerja pada 8.30-9.00pagi (boss bagi kelonggaran untuk hari Isnin), agak-agaknya saya kena pandu kereta berapa jam? Kalau orang panggil saya Mrs Schumacher...faham-faham ajala yea.

Jumaat petang lepas balik kerja, saya pandu kereta balik ke rumah di Subang. "Berlumba" dengan pekerja dari Singapura diatas jalanraya. Macam tu la hidup saya. Selama setahun setengah. Mana saya dapat tenaga pun tak taulah. Allah punya kuasa.
Yang paling saya bernasib baik, ialah saya mempunyai adik yang bermastautin diJohor Bahru. Saya minta izin dia dan isteri beliau untuk saya tumpang berteduh. Mereka dengan baik hati (terpaksa pun yea gak. Abih tu takan nak cakap no no no kat kakak sendiri! Memang nak kena...hahahaha ) menerima saya macam tetamu hotel.
Mana taknya. Saya memang jarang bertemu mereka suami isteri walaupun saya tinggal satu rumah dengan mereka. Pagi buta saya dah keluar, mereka masih dalam bilik. Saya keluar cari geng untuk makan pagi, dan lepas tu terus masuk kerja. Malam baru saya balik, dan saya dah siap makan malam. Masa tu, kadangkala mereka dah tidur atau duk dalam bilik. Boleh dikatakan dalam seminggu tu sekali atau dua kali aje terserempak. hahaha.

Bila balik rumah mereka, bilik saya dah kemas, baju dah dibasuh dan bergosok! haaaaa...kalah duk hotel 5 bintang kaaaannnnn.

Saya nak bayar duit untuk sama-sama kongsi belanja api, air dan makan, tapi mereka tak nak. Sebagai ganti saya belanja mereka berdua makan tempat yang sedap dan mahal tiap bulan. Tambah sedikit duit poket untuk bibiknya kerana membasuh dan menggosok baju saya. Sebiji macam duk hotel kan? hahaha.
Walau saya jauh dari keluarga sendiri, tapi saya bersyukur kerana dekat dengan keluarga adik saya.

Bersambung - Bersama dalam "Perfect Team"

Tenaga kita dan pekerja akan terbit jika kita ada "right boss, right work and right environment".

KISAH TINTO: EPISOD 17

Tengah kami sibuk-sibuk nak merancang pemindahan ke Johor Bahru, kami digegarkan cerita mengenai makanan dalam peti sejuk selalu kena cilok. Setakat susu pekat, susu segar, jus, buah-buahan tu biasala. Tapi kali ni memang parah. Sepotong Kek Keju yang belum berusik hilang dalam peti sejuk. Apakah?

"Mana perginya Kek Keju saya", tanya seorang pekerja pada semua orang. Krik krik krik. Tak ada sorang pun menjawap. Kami berpandangan sesama sendiri.
Saya memang malaslah nak masuk campur. Yelakan sebabnya, saya tak pernah guna peti sejuk tu.
Tup-tup saya diarahkan untuk menjadi pegawai "CSI"! Macam la kurang sangat kerja saya tu. Tiap minggu jantung saya nak gugur sebab ada aja pejabat baru yang nak ditubuhkan. Segala persiapan dan kelengkapan infrastruktur IT kitaorang yang kena sediakan. errkkk.
Maka, saya pun suruh la pasukan IT saya pi godek CCTV. CCTV ni bila kita dah pasang, kita pakat test sekali aja, lepas tu mana ada tengok lagi.

Bila nak kena tengok rakaman CCTV, mulalah nak gagau cari semula manual panduan belajar camner nak buat. Bongkar segala almari. Peluh jantan, duda, anak dara, janda semua keluar. hahaha.
Bila dah dapat di godek kami pun tengok la rakaman tu dari pagi sampai petang. Jeng jeng jeng. Memang tahu la siapa orangnya, member tu siap makan sambil jalan...dia tak perasan CCTV tengah merakam.

Siasatan siap, laporan diberikan pada ketuanya. Amaran diberikan. Lepas tu tiada lagi makanan hilang dari peti sejuk. Kes ditutup.
Itulah tugasan pertama dan terakhir saya lakukan sebagai pegawai CSI. Lepas tu tugasan ini diambil alih oleh pegawai keselamatan. Legaaaaa....Tobat tak nak buat lagi dah.

Bersambung - Ulang Alik Johor Subang

Bila kita nak buat sesuatu, biarpun orang tak nampak tapi Allah nampak. Macam CCTV. Diakhirat nanti rakaman CCTV kehidupan kita akan ditontonkan kembali.

KISAH TINTO: EPISOD 16

CEO syarikat saya ni suka menerangkan apa inspirasi Syarikat. Berulang kali kami dengar, sebab tiap minggu ada aja pekerja yang baru masuk dan dia akan suarakannya depan kami semua. Yang lawaknya, ada diantara pengurus siap boleh sambung ayat CEO. Skrip sama digunakan. hahaha.

Bila ada mesyurarat Lembaga Pengarah, CEO dengan bangganya memperkenalkan kami semua. Disebabkan beliau sendiri yang menemuduga kami, maka segala kemahiran dan kepakaran kami dia akan beritahu pada Ahli Lembaga Pengarah. Ingat pulak dia tu. Dasyat betul memori dia!
Masa beliau memperkenalkan kami, beliau bangga semacam. Macam menang tropi lagaknya. Apa lagi kembang kucup la hidung kami semua kena puji melambung. Agaknya kalau masa tu CEO suruh kami kerja free mahu menonong kami buat sebab dah tenggelam dengan pujian. hahaha.
Kami hanya beberapa bulan sahaja dapat bekerja dibawah beliau. Tapi saya belajar, CEO yang pandai memilih pasukannya akan dapat banyak kemajuan dan pencapaian syarikat.
Tiba giliran kami pulak nak kena bina pasukan sendiri. Bos saya, CFO (Chief Finance Officer), telah berpesan, jaga kos. Kalau boleh "outsource", "outsource" sahaja. Tak payah ambil pekerja bawahan. Jika nak ambil juga, pastikan setiap pekerja yang diambil kena tahu apa "Job description" dan "KPI". Nasib baik ada pengalaman buat semua tu.
Dah siap semua. Tiba masa nak menemuduga. Saya guna teknik yang diajar oleh Syarikat Minyak Kerang. Saya adalah certified assessor untuk menemuduga. Chewaah.

Bila dah habis temuduga, Pengurus Sumber Manusia menegur saya. "Intan, lain kali ngko jangan la temuduga stail macam tu...lari nanti semua orang..." hahaha...rupanya temuduga cara terkini adalah secara santai. Aku dok pakai stail lama, skema dan berstruktur habis. dusyum sekali !

Pekerja makin ramai, pejabat kena dibesarkan. Disebabkan syarikat ini banyak berkepentingan di Johor, maka Pengurusan Atasan telah putuskan bahawa pejabat urusan akan berpusat di Johor Bahru semua pekerja akan berpindah kesana.

Bersambung - siapa makan kek keju saya?

Membina pasukan yang betul adalah sangat penting. Samada anda akan berenang bersama-sama atau tenggelam bersama-sama dengan mereka.