Sunday, November 4, 2018

Big data analytics (BDA) - 1

Big data analytics (BDA) - 1
Topik ni kalau nak cerita, menguap besar dan tidur semua orang. Tak menarik langsung. Tak de drama.
.
Kalau ada juga nak tahu, kita faham dulu kitaran BDA. Ianya amat senang. Ia kena bermula dari matlamat syarikat dan organisasi. Baru tahu apa data yang nak gapai dulu. kalau tak ada, adakan. Kalau dah ada, kumpulkan dulu. Tak kira la dalam bentuk apa.
.
Data tu apa ya? Kalau kita usahawan, data yang perlu ada adalah tentang pelanggan kita. Nama, no telepon, emel, dan alamat. Tu asas la.
.
Kalau nak kira dalam big data analytics ni, lagi banyak data lagi bagus. Contoh data yang sesuai: dia beli apa, suka apa, berapa purata perbelanjaan, bila dia beli, kat mana, dengan siapa, dekat dengan kedai mana, pakai tunai ke credit, waktu apa, berapa kali..macam2 lagi la. Nak senarai kat sini, silap haribulan kena blok dengan FB. Kumpul dulu.
.
Dengan kecanggihan teknologi, data tak kisah dalam bentuk apa. Dari borang kertas pun boleh di "digitize" masuk dalam sistem. Ada jugak dari sensor yang pantau berapa ramai orang masuk kedai.
Untuk berapa tahun ya nak kumpul data ini ? Sampai bila2. Ya...lagi banyak lagi bagus. Sebab tu namanya big data.
Bersambung


No comments:

Post a Comment