Sunday, November 4, 2018

Big Data Analytics (BDA) - 4

Big Data Analytics (BDA) - 4
Kali ni saya nak jual nama seorang sahabat, Tuan Shazlan Anwar pakar dan towkey dalam Internet of Things - IoT - gadget penting dalam BDA.

IoT ini adalah apa2 alat seperti sensor, camera, RFID yang tugasan hakikinya memberi kita data. Contoh la, kalau kita ada kilang dan dalam kilang ni ada mesin buat produk. Nak pantau mesin ni bergerak 24 jam, rosak ke, takan nak letak seorang pekerja kat situ, duk terpacak depan mesin 24 jam. Naya kan.
Maka kita letak la sensor. Tugas sensor ni duk pantau dulu. Kalau dah bergerak 10K kali pastu dia jem, nanti sistem BDA ni belajar trend. Lepas tu bolehla sistem ini agak2 (predict) bila mesin tu kena diberhentikan sekejap untuk diselenggara, bukanla tunggu dia mati mengejut. Boleh terganggu penghasilan produk. Rugi la.

Contoh lagi, kalau kita pasang sensor dikedai untuk kira orang lalu lalang masuk kedai kita, boleh la tahu berapa ramai orang lalu-lalang depan kedai (dipanggil footfall), dan tahu berapa ramai orang yang lalu tu masuk dalam kedai (penetration).

Kalau lah ada 100 orang sehari lalulang dan yang masuk 5 orang aja (maknanya 5% kadar kemasukan), dengan data sebegini kita boleh buat tindakan. Nak kena cantikkan kedai ke supaya menarik dan tertarik, buat promosi ke, apa2 ajela nak suruh orang dapat masuk kedai. Dah masuk tu..orang2 sales mulakan tugas untuk melayan sebaik2nya pelanggan untuk "close" sale.
Yang penting kita nak selesaikan masalah apa dalam syarikat untuk capai matlamat perniagaan.
Pada siapa yang nak tahu lebih lanjut, bolehlah berdempek dengan Tuan Shazlan.
Bersambung



No comments:

Post a Comment