Big Data Analytics (BDA) - 3
.
.
Bila data dah banyak kumpul paling kurang 6 bulan ke atas, dan dah buat "data visualisation", paling tidak buat carta bar, baru kita mula nak tanya soalan. Soalan yang akan membuahkan "insights" - pemahaman yang mendalam tentang sesuatu perkara. (Panjang bebenor nak terjemah insights)
.
.
Ni aku malas nak tanya TINTO, makin pening bila dah macam-macam dia keluar terma-terma yang aku tak faham.
.
.
Ok la, camni la. Pernah tak tengok cerita The Interns. Ala cerita pasal lelaki berusia 70 tahun menjadi pelatih disyarikat jual baju atas talian. Ada satu babak tu depa duk pakat ramai2 seronok tengok pembeli tengah buat apa dalam laman website mereka.
.
.
Boleh nampak atas peta, ada orang tengah melayari website mereka, ada dah tekan butang checkout. Bila ada yang membeli mereka bersorak riang. Apa-apa aktiviti yang berlaku dalam website mereka dari daerah/negeri mana, mereka boleh tahu. Teknik ini dipanggil "Data Visualization using Interactive Map".
.
.
Tetiba ada seorang pelanggan tak jadi beli, Dah tekan butang check out, lepas tu dia batalkan. Soalan pertama terpacul kenapa ya?
.
.
Ini adalah permulaan insights. Kena tanya soalan dan disusuli pulak pelbagai soalan. Nak kena tanya soalan apa ? Blur la.
.
.
Sebelum ada data kita akan tanya soalan, macamana pemasaran melalui email kita setakat ini? Kita jawap ok bos. Naik 1%.
.
Tapi jika kita dah ada data atau dah dilakarkan trend, kita boleh tanya soalan macam ni:
.
Bagaimanakah pemasaran melalui e-mel kita pada suku tahun ini mengikut KPI yang telah ditetapkan untuk pendaftaran baru e-mel dan "Click through rate", dan apakah pendapatan yang dijana melalui pemasaran melalui e-mel sekarang berbanding dengan suku tahun lepas?.
.
Kan soalan yang diajukan tu lebih bermakna dan teperinci. Asbab dengan soalan macam ni, kita sekarang boleh tahu, yang KPI kita tak mencapai sasaran atau dah capai sasaran. Kita boleh buat keputusan dan bertindak untuk lakukan langkah seterusnya, Insight leads to Action.

Secara umum la, 3 elemen penting dalam bertanya soalan dari data:
1. Ada masa yang spesifik dan tertentu
2. Ada KPI/Matlamat yang dipantau
3. Ada rangka masa perbandingan untuk melihat samada kita berjaya (relative success)
1. Ada masa yang spesifik dan tertentu
2. Ada KPI/Matlamat yang dipantau
3. Ada rangka masa perbandingan untuk melihat samada kita berjaya (relative success)
Banyak lagi soalan-soalan yang boleh ditanya. Yang penting tanya soalan yang akan membantu anda memahami "kenapa".
Bersambung

No comments:
Post a Comment