Saya bukanlah seorang jutawan dunia digital ekonomi. Tapi sepanjang 20 tahun, bergelumang hidup didalam menjaga pengurusan dan operasi dalam dunia digital, itu yang disukai dan itu yang kita pandai.
Hidup menjadi tulang belakang kepada jutawan yang lain. Hinakah? 2 tahun terakhir sebelum berhenti dunia korporat, diberi peluang untuk menjaga perniagaan didalam dunia digital.
Dunia usahawan seperti belantara yang belum di terokai. Nekad untuk keluar mempelajarinya dari awal. Bermula dengan apa yang kita tahu dan pakar. Ada masa untuk semua perkara penting dalam hidup ini dan akhirat, dan boleh tetapkan dengan siapa kita mahu memberi khidmat. Diam tak diam pelanggan terdiri dari syarikat korporat dan syarikat antarabangsa.
Ini adalah satu kejayaan besar untuk diri. Jutawan ke? Tidak, tapi hinakah? Saya masih sayangkan dunia digital. Rencana sebegini pening bagi orang lain, tapi ianya amat menghiburkan untuk diri ini. Nak buat macamana.. kita lain belalang lain padang.
Mungkin kita tidak pandai dalam satu bidang dan bukan seorang jutawan, tapi Allah bagi kita kelebihan dalam bidang lain. Syukur alhamdulillah.
Esok saya akan melangkah memberi khidmat juruperunding didalam bidang yang lebih besar. Perlahan-lahan mengorak langkah dalam strategi membesarkan perniagaan. Slowly, but surely, InsyaAllah. Doakan Allah mempermudahkan.
No comments:
Post a Comment