Thursday, December 31, 2020

KISAH TINTO: INTRAPRENEUR VS ENTREPRENEUR

Masa saya bekerja di syarikat korporat, saya rasa saya dah pandai la dalam dunia perniagaan. Mana taknya, saya belajar dan aplikasi macamana nak buat brand dan pemasaran melalui “Change Management Program”; belajar dan aplikasi “Business Development” dengan mencantikkan dan mempebanyakkan “Service Catalogue”; belajar mengenali dan mengambil pekerja yang berpotensi dan bijak yang sebenarnya aset penting dalam syarikat; belajar dan aplikasi menguruskan kewangan dengan bajet yang disediakan; belajar mematuhi peraturan dan juga melakar strategi, pelan tindakan dan KPI untuk mencapai visi dan misi syarikat. 

Tapi sebenarnya itu dunia Intrapreneur. Dunia berpaksikan pembangunan organisasi. Bukan pembangunan perniagaan. Bila saya terjah dalam dunia entrepreneur sekarang ni, brand dan pemasaran bukan ditentukan oleh dunia dalaman syarikat, ianya ditentukan oleh pelanggan dan pasaran. Data dan fakta yang dilihat lebih meluas. Kena belajar ekonomi, kena tahu hal ehwal semasa dunia hari ini, kena faham trend teknologi. Walau pada hakikatnya saya hanya peniaga kecil.  

Pengurusan kewangan pula banyak bersekitar tentang “fund raising, partnering, valuation of companies, shares, paid up capital”. Aduh aduh aduh…sakit kepala tuh. . Pengurusan operasi pula, dulu saya duk sibuk pasal IT aje la dan produktivi manusia, sekarang dah kena fikir Pengurusan Rangkaian Bekalan – ini bukan tertakluk pada yang menjual barang sahaja, yang menjual perkhidmatan macam saya pun kena fikir. 

Dulu saya makan nasi goreng kampong – selesa sangat. Sekarang saya kena makan lagsania – tak kenyang ke, tak mengikut tekak kita ke – kena telan juga – sebab dunia intrapreneur berbeza dengan dunia entrepreneur. Alhamdulilah dapat belajar kedua-dua dunia – nikmat yang tidak dapat didustakan.

No comments:

Post a Comment