Semalam, pasukan Qaaf tidak mendapat apa2 sebutharga dan jualan dari bakal pelanggan. Tetapi kami amat bahagia kerana beberapa sebab :
- Kami mendapat maklumbalas bahawa mereka dapat mencari syarikat kami diGoogle melalui tulisan blog. http://www.qaaf.my/blog-qaaf/. Mereka percaya kami sangat pakar dalam bidang IT/ITIL assessment, disebabkan perkongsian didalam blog. Maklumbalas ini membolehkan kami terus menerus menulis diBlog dan melabur dalam SEO. Saya sangat bertuah kerana dapat belajar mengenai Google dan SEO secara praktikal dari Pakar Google Malaysia Puan Shakirah Abdul Karim. Sekarang ianya membuahkan hasil. Terima kasih pada puan Guru.😍😍😍😍😍
- Kami mendapat menjalinkan satu hubungan kepercayaan dengan bakal pelanggan. Didalam penemuan singkat, kami tidak MENJUAL perkhidmatan kami, tapi kami membantu mereka menyelesaikan masalah yang asas SECARA PERCUMA. Teknik bertanya soalan yang betul digunakan. Mereka sangat gembira, kerana mereka dapat menjimatkan wang syarikat dan kami percaya, hubungan perniagaan akan terjalin tidak lama lagi.
Kami mendapat pelanggan dari hubungan kepercayaan dimana bakal pelanggan akan pastikan bahawa syarikat dan kemahiran yang kita ada bawa boleh membantu syarikatnya dan yang paling utama adalah pasukan kita boleh bekerjasama dengan mereka.
p.s Seeding - adalah kerja-kerja marketing dan pembinaan hubungan dan kepercayaan sebelum jualbeli terjalin.
No comments:
Post a Comment