Thursday, December 31, 2020

DIGITAL TINTO: CHANGE MANAGEMENT

Salah satu kesiapsiagaan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Digital Government adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (Change Management) untuk semua penjawat awam dan juga agensi-agensi kerajaan. Ini termasuk untuk memberi ruang kepada semua untuk menambah skill dan kecekapan dalam bidang Digital.

Kami diberi pembelajaran atas talian dan ianya sangat-sangat saya nantikan. Saya telah mula belajar online sejak 2002 dan ini bukanlah suatu yang baru. Bila dah belajar, saya kena berkongsi. Kalau tak, tak boleh sumbat ilmu baru dalam kepala otak ni, almaklum dah tua.🤣 

Kali ini tentang Pengurusan Perubahan (Change Management) didalam organisasi. Tak kira la kita nak ubah apa pun - IT sistem ke, polisi organisasi ke, prosess ke, atau perkhidmatan barOta

Otak kita ni dah "hardwired" dengan sesuatu perkara atau kejadian. Apabila kita nak suruh berubah, otak kita akan sakit. Dan memerlukan banyak tenaga nak ubah "wayar" dalam otak kita ni. 

Bagi pekerja yang susah nak berubah, atau dia memang dah buat kerja yang sama selama bertahun-tahun hangit lamanya, nak berubah memang sakit. huhuhu...betul-betul sakit.

Pakar saintis neuron kata bila kita belajar benda baru, kita akan menggunakan otak belah depan dan memerlukan neurons baru yang banyak untuk berhubung. Sebab tu otak kita boleh "sakit" dan kita memang penat. Jadi bila otak sakit dan penat, kita stress. Bila stress, mula sakit dan jiwa kacau.

Jadi macamana kita nak menangani ni? Kata cikgu yang ajar pasal topik ini, ada strategi untuk menukarkan minda "Old Thinking" atau petukaran Paradigma: 

  1. Kita fokus pada "problem solving" - bukan cari silap, cari pasal, cari kesalahan orang 
  2. Penyelesaian yang dibangunkan adalah dekat dihati mereka, ianya adalah personal, asbab terseksa dengan proses lama
  3. Mereka belajar, lepas tu terus praktis "hands-on". Bukan belajar, lepas sebulan baru nak pikir nak buat apa
  4. Mereka ada support group. Bila-bila mereka ada masalah ada tempat nak bergantung, tempat bertanya. Bila setiap orang "own" it, baru la perubahan berlaku. Jadi apa yang disimpulkan, cara brutal, boleh ubah otak/minda, apa pun boleh berubah. 
Sekian. Aku boleh berhenti jadi CDIO, pi belajar pasal otak dengan DrRizal Abu Bakar.Hahaha




DIARI JURUPERUNDING TINTO 8

Semalam, pasukan Qaaf tidak mendapat apa2 sebutharga dan jualan dari bakal pelanggan. Tetapi kami amat bahagia kerana beberapa sebab : 

  1. Kami mendapat maklumbalas bahawa mereka dapat mencari syarikat kami diGoogle melalui tulisan blog. http://www.qaaf.my/blog-qaaf/. Mereka percaya kami sangat pakar dalam bidang IT/ITIL assessment, disebabkan perkongsian didalam blog. Maklumbalas ini membolehkan kami terus menerus menulis diBlog dan melabur dalam SEO.  Saya sangat bertuah kerana dapat belajar mengenai Google dan SEO secara praktikal dari Pakar Google Malaysia Puan Shakirah Abdul Karim. Sekarang ianya membuahkan hasil. Terima kasih pada puan Guru.😍😍😍😍😍 
  2. Kami mendapat menjalinkan satu hubungan kepercayaan dengan bakal pelanggan. Didalam penemuan singkat, kami tidak MENJUAL perkhidmatan kami, tapi kami membantu mereka menyelesaikan masalah yang asas SECARA PERCUMA. Teknik bertanya soalan yang betul digunakan. Mereka sangat gembira, kerana mereka dapat menjimatkan wang syarikat dan kami percaya, hubungan perniagaan akan terjalin tidak lama lagi. 
Bila kita jumpa bakal pelanggan, memang kita berharap agar mereka terus minta sebutharga dan kita berjaya melakukan jual beli. Tetapi, dalam dunia perniagaan Juruperunding, bukan semudah itu. "Seeding" yang kami lakukan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 -6 bulan untuk membuahkan pendapatan.

Kami mendapat pelanggan dari hubungan kepercayaan dimana bakal pelanggan akan pastikan bahawa syarikat dan kemahiran yang kita ada bawa boleh membantu syarikatnya dan yang paling utama adalah pasukan kita boleh bekerjasama dengan mereka.

 p.s Seeding - adalah kerja-kerja marketing dan pembinaan hubungan dan kepercayaan sebelum jualbeli terjalin.

DIARI JURUPERUNDING TINTO 7

Inovasi sesuatu produk, perkhidmatan atau proses bukan semestinya mencari satu ciptaan baru semata-mata and tunggu ianya menjadi sempurna baru dilaksanakan.

Hanya perlu menambahbaik apa yang kita ada pada hari ini untuk menjadi sedikit baik.

Produk atau perkhidmatan itu membolehkan kita keluar dan membuat sedikit wang dan kita boleh teruskan usaha menjadikannya lebih baik dari masa ke semasa.

Dalam dunia perniagaan, tiada masa yang sempurna, cuma bertindak untuk melangkaui pesaing. 

DIARI JURUPERUNDING TINTO 6

Dunia juruperunding yang dibina bukan semborono. Ada metodologi dan proses yang dilakukan bila bertemu pelanggan. 

Perkara ini boleh dipelajari dan didapati jika kita:

  1. Berpengalaman luas dan bekerja dengan juruperunding bertaraf antarabangsa
  2. Banyak membaca dan aplikasikan ia ditempat kerja.
Di Qaaf, juruperunding menggunakan metolodologi dan proses tersendiri.



DIARI JURUPERUNDING TINTO 5

Setiap perniagaan yang kita jalankan adalah unik. Yang paling utama kita kena tahu matlamat dan tujuan yang kita hendak capai.

Apabila menimba ilmu dapatan dari orang yang berpengalaman, jadikan ia sebagai panduan untuk kita olahkan bersesuaian dengan perniagaan kita.

Yang penting kita cuba laksanakan. Kadang-kadang apa yang kita cuba itu tidak tepat pada masanya. Terlampau "advance", katanya "too revolutionary". Maka tangguhkan dulu. Jangan terus buang. Sampai ketika nanti, kita cuba lagi. InsyaAllah kita akan nampak hasilnya. 

 p/s Kisah seorang pengurus yang telah mencuba satu kaedah perlaksanaan baru tetapi tidak berkesan. Selepas beberapa tahun, pengurus baru datang, mengemukakan dan melaksanakan kaedah itu. Semua ahli pasukannya yang lama mencemik dan mencemuh "Dah cuba dah dulu, tak jalan pun!".

Tetapi Pengurus baru tetap melaksanakannya dengan beberapa ahli pasukan lain yang berpengalaman. Ternyata ianya berjaya. . Terkadang idea yang baru, tidak matang untuk dilaksanakan pada waktu itu. Penting untuk catit idea-idea tersebut untuk dikitar semula bersesuaian pada waktu dan tempatnya.

DIARI JURUPERUNDING TINTO 4

Semalam Otak Hardware saya berasap. Kena hadiri 3 hari bengkel teknikal untuk membincang solusi teknologi yang canggih untuk pelanggan. 

Bengkel dihadiri oleh pakar-pakar teknikal dari Accenture, Microsoft, P97, Verifone, Skali. Jargon yang digunakan memeningkan kepala. Haha. Padanla muka saya kan, sebab saya tak buat persediaan. 

Otak pula berkarat dah lama tinggal bidang teknikal. Tugas saya untuk membuat proses "support and maintenance", kena faham juga teknikal yang akan diselenggarakan. 

Proses yang biasa dalam bidang penyelenggaraan : 

  1. Staging 
  2. Installation
  3. Testing
  4. Training
  5. Support
  6. Maintenance
Yang parahnya bila proses ini telah dipadankan dengan teknologi canggih seperti predictive maintenance dan machine learning capability. Hari ini sambung berasap lagi. Lama tak berasap macam ini.

DIARI JURUPERUNDING TINTO 3

Dalam keghairahan mengembangkan syarikat, Pakar "Business Growth" Edward Hess menasihati agar ianya diuruskan dengan baik kerana ianya akan menyebabkan tekanan kepada perniagaan dari segi: 

 ↪ "culture"

 ↪ kawalan 

↪ prosepe

↪ pekermem

↪ memusnahkan nilapr

Dua professor perniagaan Neil Churchill (INSEAD) dan John Mullins (London Business Schools) telah mencipta satu formula untuk mengira kelajuan satu syarikat boleh berkembang dengan menggunakan dana dalaman syarikat dipanggil Self Financiable Growth Rate (SFG). Formula ini akan menolong pengurusan dalam menggunakan dan menjanakan tunai dalam syarikat. Grow your business ➡ with Balanced and Controlled 



DIARI JURUPERUNDING TINTO 2

Banyak sebab projek yang dilaksanakan tak menjadi, diantaranya: 

  1.  Susah untuk mendapatkan orang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu perkara. R.A.C.I. perlu diperincikan dengan KPI yang boleh diukur.
  2.  Susah melakukan komunikasi yang efektif didalam syarikat atau suatu projek. Kena kerap bermesyuarat, bukan dengan semua orang tapi hanya dengan orang berkepentingan. Dan jangan hanya guna satu cara/channel untuk berkomunikasi. 
  3. Tidak mempunyai mandat yang kukuh dari pengurusan kanan atau pemimpin.
  4. Tiada kekuatan analitik dalam pasukan untuk melaksanakan projek tersebut. Kebanyakan tentang "high level strategy" tidak mengambil kira kebekesanan dalam "execution strategy"

DIARI JURUPERUNDING TINTO 1

Saya bukanlah seorang jutawan dunia digital ekonomi. Tapi sepanjang 20 tahun, bergelumang hidup didalam menjaga pengurusan dan operasi dalam dunia digital, itu yang disukai dan itu yang kita pandai. 

Hidup menjadi tulang belakang kepada jutawan yang lain. Hinakah? 2 tahun terakhir sebelum berhenti dunia korporat, diberi peluang untuk menjaga perniagaan didalam dunia digital.

Dunia usahawan seperti belantara yang belum di terokai. Nekad untuk keluar mempelajarinya dari awal. Bermula dengan apa yang kita tahu dan pakar. Ada masa untuk semua perkara penting dalam hidup ini dan akhirat, dan boleh tetapkan dengan siapa kita mahu memberi khidmat. Diam tak diam pelanggan terdiri dari syarikat korporat dan syarikat antarabangsa. 

Ini adalah satu kejayaan besar untuk diri. Jutawan ke? Tidak, tapi hinakah? Saya masih sayangkan dunia digital. Rencana sebegini pening bagi orang lain, tapi ianya amat menghiburkan untuk diri ini. Nak buat macamana.. kita lain belalang lain padang.

Mungkin kita tidak pandai dalam satu bidang dan bukan seorang jutawan, tapi Allah bagi kita kelebihan dalam bidang lain. Syukur alhamdulillah. 

Esok saya akan melangkah memberi khidmat juruperunding didalam bidang yang lebih besar. Perlahan-lahan mengorak langkah dalam strategi membesarkan perniagaan. Slowly, but surely, InsyaAllah. Doakan Allah mempermudahkan. 

KISAH TINTO: INTRAPRENEUR VS ENTREPRENEUR

Masa saya bekerja di syarikat korporat, saya rasa saya dah pandai la dalam dunia perniagaan. Mana taknya, saya belajar dan aplikasi macamana nak buat brand dan pemasaran melalui “Change Management Program”; belajar dan aplikasi “Business Development” dengan mencantikkan dan mempebanyakkan “Service Catalogue”; belajar mengenali dan mengambil pekerja yang berpotensi dan bijak yang sebenarnya aset penting dalam syarikat; belajar dan aplikasi menguruskan kewangan dengan bajet yang disediakan; belajar mematuhi peraturan dan juga melakar strategi, pelan tindakan dan KPI untuk mencapai visi dan misi syarikat. 

Tapi sebenarnya itu dunia Intrapreneur. Dunia berpaksikan pembangunan organisasi. Bukan pembangunan perniagaan. Bila saya terjah dalam dunia entrepreneur sekarang ni, brand dan pemasaran bukan ditentukan oleh dunia dalaman syarikat, ianya ditentukan oleh pelanggan dan pasaran. Data dan fakta yang dilihat lebih meluas. Kena belajar ekonomi, kena tahu hal ehwal semasa dunia hari ini, kena faham trend teknologi. Walau pada hakikatnya saya hanya peniaga kecil.  

Pengurusan kewangan pula banyak bersekitar tentang “fund raising, partnering, valuation of companies, shares, paid up capital”. Aduh aduh aduh…sakit kepala tuh. . Pengurusan operasi pula, dulu saya duk sibuk pasal IT aje la dan produktivi manusia, sekarang dah kena fikir Pengurusan Rangkaian Bekalan – ini bukan tertakluk pada yang menjual barang sahaja, yang menjual perkhidmatan macam saya pun kena fikir. 

Dulu saya makan nasi goreng kampong – selesa sangat. Sekarang saya kena makan lagsania – tak kenyang ke, tak mengikut tekak kita ke – kena telan juga – sebab dunia intrapreneur berbeza dengan dunia entrepreneur. Alhamdulilah dapat belajar kedua-dua dunia – nikmat yang tidak dapat didustakan.