Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 15

Kerja di Syarikat baru ni mula-mula rasa sedih jugak. Mana taknya. Dulu kerja kat Syarikat Minyak Kerang tu rakan sekerja sekeliling orang IT. Setahun sekali kena pergi mesyuarat kat Wythenshawe lah, kat Houston lah, jadi trainer di New Zealand la.

Tup tup kat Syarikat baru, nak copy paste dalam Word call saya. Kabel longgar, hakakkk jugak kena merangkak bawah meja betulkan. Kabel tak betul pasang kat bilik server hakak jugak kena baiki. Nak beli Komputer Hakaaaklk juga kena belek. Pendek kata haaaakkkkaakkk la sumenya. Memang tercabar kepandaian hakak tau.
Tapi saya dapat rumuskan, CEO syarikat baru ini, sangat pandai memilih siapa yang akan menjadi ahli dalam pasukannya. Entah macamana kami semua ini sepesen perangai. Boleh klik. Muhibbah dan satu Malaysia!

Kami tak memilih kerja. Buat aja. Kami semua dapat tolong menolong dalam membangunkan syarikat. Nak kena tambah meja sebab ada pekerja masuk, kami sama-sama angkat dan sediakan. Tak kira la Pengurus ke, Eksekutif ke. Kami bekerjasama erat.
Disebabkan 90% daripada kami berjawatan Pengurus keatas, pada mulanya semua mesyuarat kami kena hadir. Mesyuarat perolehan, mesyurat branding dan pilih logo, mesyuarat pindah pejabat, mesyuarat pengurusan atasan, mesyuarat projek pembangunan bandar , mesyuarat makan-makan dan segala mak nenek mesyuarat lah.

Saya duk pikir jugak, saya ni datang pejabat untuk buat kerja ke atau datang untuk mesyuarat. Hahaha.
Tapi seronok dan bahagianya saya ketika itu. Hilang perhitungan masa. Seperti biasa, datang kerja 7am balik 8pm. Semua benda kena belajar balik. Sampai kan kontrak perolehan pun kena gagau buat sendiri..pening kepala den nak mengayat ayat loyar.

Rupanya semua ini pengalaman berharga bila saya nak startup syarikat sendiri.

Bersambung...Cerita kisah CEO syarikat baru.

Pengalaman yang indah dan terluka adalah pembelajaran yang berharga, jika kita melihatnya dari sudut yang positif. Selalulah berbaik sangka.

No comments:

Post a Comment