Kami pun mula operasi membaca dan menyelak buku yang bersekitar topik "How to start a business" dan menjadi teman setia Pak Google.
Sedang sibuk mencari apa bisnes yang halal, sesuai dengan pulangan yang tinggi, mata kami tertangkap satu artikel dalam forum mengatakan perniagaan dobi mendapat keuntungan lebih dari 100%! wow!
Katanya bimbingan disediakan. Tak nak terus terpedaya, kami teruskan lagi mencari maklumat di website MARA, kot kot ada latihan dobi disediakan. Yes! memang ada. Hanya RM350 untuk 5 hari. Kami berdua pun mendaftar.
Tunggu punya tunggu, 3 bulan tak ada pun latihan tu. Bila talipon jawapannya ditunda. Hmmmm..berapa kali mau tunda.
Tak palah. Kami pun memulakan langkah yang lain. Masa tu ada juga grant diperuntukan oleh pihak MARA untuk membuka kedai dobi. Kami buat kertas kerja pelan perniagaan dan memohon grant. Tunggu lagi.
Ini tak boleh jadi. Letih la asyik tunggu aje. Kami pun hubungi pengusaha dobi yang kat dalam forum tu. Aturkan pertemuan di kedai beliau. Dia menceritakan kebaikan menjalani perniagaan dobi. Terutama sekali "water based dry cleaning", halal dan menyucikan. Dia boleh bagi latihan dari A to Z. Bayaran RM2K.
Dah berpuashati dengan penerangan. Saya cari rakan kongsi. Jual angan-angan dan impian pada kakak Angkat. Dia sanggup sama-sama membuat perniagaan ini. Katanya dia pun nak ada bisnes, untuk hari pencen nanti. Begitu Naifnya kami. Masa tu tiada BMC, tiada Puan Guru Ainon untuk menasihati.
Berbekalkan pelan perniagaan yang dihantar pada MARA, dan jangkaan aliran tunai, kami sediakan modal RM200,000.00 untuk membeli perkakasan dan termasuk 3 bulan perbelanjaan perniagaan ini. Saya keluarkan 80%, kakak Angkat keluarkan 20%. Saya buat personal loan sikit, duit bonus baru dapat sikit, dan duit simpanan.
Kami mula pergi SSM, masa tu tak faham lagi konsep enterprise, sdn bhd. Beli lesen nama global suci enterprise. Nama brand SWASH. Kami mula mencari tapak perniagaan.
Bersambung.....jerit perih kerja makan gaji bersambil dengan kerja bisnes part time.
No comments:
Post a Comment