Mula-mula saya bekerja, saya dah mempunyai seorang Suami, seorang Anak dan segulung ijazah Master dari Sheffield Hallam University, UK.
Bangga yang teramat, hidung naik mencacak.
Jawatan dipanggil "Research Analyst", tapi hakikatnya saya kena buat kerja-kerja technician. Masa tu, saya duk pikir, dah dapat Master, obersea pulok, tapi kena buat kerja tarik kabel, baiki modem, buat script , buat installation dan lain lain lagi.
Tapi saya buat aja. Yang penting ada kerja. Saya buat bersungguh-sungguh. Tak kiralah besar atau kecil saya buat. Niat hati kutip sahaja pengalaman, jangan cerewet.
Yang tak ada dalam job scope pun saya buat. Sebabnya untuk melahirkan sifat kebersamaan dan kepercayaan dalam kumpulan.
Contohnya, rakan sepejabat tengah gila buat bunga dari straw, saya akan join. Mereka jual kerepek, saya jual popia simpul. Saya juga terkenal dikalangan bibik-bibik cleaner kerana saya jual colgate, maggi mee, dan lain-lain lagi gara-gara suami suka masuk peraduan. Rumah saya dah macam kedai runcit tapi kotak pembalut semua dah hilang!
Pendek kata semua saya buat sungguh2 (yela keje gomen...ramai kita buat keje part time!)
Selepas beberapa tahun, boss saya memberi saya banyak peluang dan kenaikan jawatan (bukan pangkat yea, hanya jawatan). Dari RA ke Manager. Pergggh.. Bangga bukan kepalang.
Bermulalah fitnah dengki melanda dari segala arah. Almaklumlah, anak muda setahun jagung dinaikan Jawatan. Kata mereka "aku yang dah senior masih ditakuk lama. Mesti Intan kaki bodek tip top no 1."
SSB (Skim Saraan Berkala) ditukarkan khas kepada Skim Saraan Bodek untuk aku sahaja.
Sedih? Memang sedih. Dia tak tahu yang saya asyik kena tala dengan boss. Berapa kali nangis dalam bilik air. Ada sekali tu satu kertas kerja kena ulang alik diperbaiki sebanyak 20 kali. Tiap kali mengadap ada sahaja tak kena. Agaknya hari tu terkena mood dia pijak sarang tebuan.Tapi saya buat juga sampai siap. Saya tak putus asa. Saya diberikan gaji untuk menjalankan amanah dan tugasan.
Itu bab kerja. Dah 5 tahun kerja, anak dah tiga orang, ada kereta sebuah (hutang), ada pangsapuri kos sederhana sebuah (hutang). Gaji naik RM66 setahun. Ekonomi perbelanjaan rumah dah nak masuk tahap defisit.
Barang dapur terpaksa beli di pasar borong. Kena bangun 4 pagi, angkut anak2 masih kecil dan pergi pasar borong beli barang basah. Dulu RM50 dah boleh makan untuk 2-3 minggu.
Tak boleh jadi ni. Masa untuk berubah! Titik perubahan pertama dalam hidup saya.
Errr...Kenapa plak tetiba cerita sejarah hidup ni?
Saja...nak tahu samada ada orang sudi nak tahu lagi ke tidak.
Saja...nak tahu samada ada orang sudi nak tahu lagi ke tidak.
Hidup kita ni ada naik turun. Manfaat secukupnya. Kita tak tahu kita hari ni membentuk diri kita masa hadapan. Kita sahaja mampu merubahnya.
No comments:
Post a Comment