Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 18

Demi mengejar impian, mencari rejeki untuk keluarga, dan terutama sekali saya memang seronok dengan kerja tu, saya sanggup untuk berpindah ke ibupejabat syarikat diJohor Bahru.
Maka bermulalah pemanduan kereta saya berulang-alik dari Subang ke Johor Bahru tiap-tiap minggu.
Perjalanan 350KM. Pagi buta hari Isnin, saya memandu kereta ke Johor Bahru. Untuk sampai ditempat kerja pada 8.30-9.00pagi (boss bagi kelonggaran untuk hari Isnin), agak-agaknya saya kena pandu kereta berapa jam? Kalau orang panggil saya Mrs Schumacher...faham-faham ajala yea.

Jumaat petang lepas balik kerja, saya pandu kereta balik ke rumah di Subang. "Berlumba" dengan pekerja dari Singapura diatas jalanraya. Macam tu la hidup saya. Selama setahun setengah. Mana saya dapat tenaga pun tak taulah. Allah punya kuasa.
Yang paling saya bernasib baik, ialah saya mempunyai adik yang bermastautin diJohor Bahru. Saya minta izin dia dan isteri beliau untuk saya tumpang berteduh. Mereka dengan baik hati (terpaksa pun yea gak. Abih tu takan nak cakap no no no kat kakak sendiri! Memang nak kena...hahahaha ) menerima saya macam tetamu hotel.
Mana taknya. Saya memang jarang bertemu mereka suami isteri walaupun saya tinggal satu rumah dengan mereka. Pagi buta saya dah keluar, mereka masih dalam bilik. Saya keluar cari geng untuk makan pagi, dan lepas tu terus masuk kerja. Malam baru saya balik, dan saya dah siap makan malam. Masa tu, kadangkala mereka dah tidur atau duk dalam bilik. Boleh dikatakan dalam seminggu tu sekali atau dua kali aje terserempak. hahaha.

Bila balik rumah mereka, bilik saya dah kemas, baju dah dibasuh dan bergosok! haaaaa...kalah duk hotel 5 bintang kaaaannnnn.

Saya nak bayar duit untuk sama-sama kongsi belanja api, air dan makan, tapi mereka tak nak. Sebagai ganti saya belanja mereka berdua makan tempat yang sedap dan mahal tiap bulan. Tambah sedikit duit poket untuk bibiknya kerana membasuh dan menggosok baju saya. Sebiji macam duk hotel kan? hahaha.
Walau saya jauh dari keluarga sendiri, tapi saya bersyukur kerana dekat dengan keluarga adik saya.

Bersambung - Bersama dalam "Perfect Team"

Tenaga kita dan pekerja akan terbit jika kita ada "right boss, right work and right environment".

No comments:

Post a Comment