Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 13

Selepas kami membuka kedai dobi selama 2 bulan, MARA memberi khabar gembira, yang permohonan grant kami boleh diluluskan dengan syarat kena pergi kursus bina semangat. Alahai, kami masa tu memang dah sibuk menguruskan bisnes, kursus bina semangat nak buat apa? Kalau kursus urus bisnes nak juga pergi. Kami tolak tawaran itu.

2 Bulan pertama dikedai dobi, memang kami tak ada sangat pelanggan. Masuk bulan ketiga, selepas flyers diedarkan dipenduduk setempat, baru ada pelanggan. Mula-mula mereka cuma nak cuba perkhidmatan gosok baju. Katanya, dobi lain, gosok baju tak cantik.
Saya bernasib baik, adik saya dan saya cerewet bab gosok baju. Bak kata orang Ganu, kena gosok sampai lendik. Ni hasil didikan bonda.
Bila pelanggan dah bertambah ramai, kami mula mencari pekerja. Saya hanya dapat menggosok paling banyak 45 helai baju sehari. Mula ada backlog disebabkan pelanggan mula "menjual" perkhidmatan kami kerana kualiti baju yang digosok. Alhamdulilah, kami dapat pekerja indonesia yang dapat menggosok 100 helai baju sehari.
Yang bestnya kat kedai dobi pun ada ofis politik. Rupanya, pekerja saya bila depan saya, sangat Ok. Kerja rajin. Tak payah banyak suruh. Tapi adik saya kata, bila saya tak ada, pandai tak endahkan arahan adik saya. Buat memek muka. Jadi kena ulang gosok atau apa-apa kerja 2-3 kali. ish ish.
Lepas tu adik saya tidak lagi bekerja didobi kerana melahirkan anak. Kami sepakat nak mencari pengganti.

Dah jumpa orang pengganti adik saya, lain pulak jadinya. Dia songlap duit cash register dengan berpakat dengan pekerja saya yang dulunya sangat beramanah. Bila dapat tahu, kami pecat, dan tanya pekerja lain. Kenapa buat? dia kata kalau tak buat nanti hidup sengsara. Dia nak jaga periuk nasi juga. Ayoyo.

Disebabkan insiden ini, suami saya berhenti kerja, jaga kedai dobi sepenuh masa. Macam-macam pengalaman suka duka menjaga kedai dobi. Bila pelanggan percaya, tiap bulan sanggup belanja RM500 sebulan untuk khidmat dryclean dan gosok baju. Bila baju punah, sekelip mata pelanggan hilang. huhu. Emosi kena kental. Patutlah MARA suruh pergi kursus bina semangat. Memang hilang semangat!

Selepas 3 tahun, walaupun kedai dobi masih tak dapat untung tapi ianyanya "self-sustaining". Duit pendapatan boleh hanya menampung keseluruhan perbelanjaan dobi. Tapi gaji untuk suami tak lepas.

Kami menjual bisnes dobi ini kepada pasangan suami isteri dengan harga RM50K. Daripada lagi parah menanggung rugi, baik cepat-cepat "let go."

Kami akur bahawa nak buat bisnes ni aliran tunai kena jaga, ilmu bisnes kena dalami, dan kekentalan emosi kena perkasa.

No comments:

Post a Comment