Masa tengah rancak dengan pelbagai kerenah di dobi, saya dipejabat rancak dengan kerenah bos "kutip debu".
Ada sekali tu, saya bagi cadangan pada bos , Jabatan kita kena ada halatuju yang mantap dan baru dapat kami pengurus dibawahnya dapat menterjemahkan kedalam KPI masing-masing. Dia kata dia tak faham maksud saya, minta saya buat satu contoh.
Saya pun bagi contoh umum la. Bukan contoh pasal Jabatan sendiri, sebabnya saya tak faham apa halatuju dia. hahaha.
Dengan contoh umum tu dia mula tanya dan mempersoalkan ayat demi ayat, apa maksudnya. Saya jawab, "bos... ini adalah contohla. Bos bagi la hala tuju bos, nanti saya buat la contoh KPI." Dia tak puas hati, masih mempersoalkan ayat demi ayat dari contoh yang diberikan. errrrrkkkk.
Ini bukan pertama kali saya kena macam ni. 2 tahun saya bersabar. Bagi saya, that’s it..I had enough. Kalau saya baru masuk kerja, dia nak buat macam tu, saya redho. Saya boleh rasakan self esteem saya dipenyek-penyek begitu dasyatnya sampai saya kena pergi jumpa kaunselor/psychiatrist syarikat.
Dah tak tahan sangat..Saya hantar surat perletakan jawatan. Saya pecat bos saya!
Syarikat memang ada memujuk, mahu memberi peluang dan ruang di tempat lain. Saya kata saya mahu ketempat yang baru, di bahagian bisnes. Tapi saya masa tu tangga gaji dah tinggi, jawatan yang ditawarkan adalah untuk tangga gaji yang 2 kali rendah dari saya..huhuhu.
Saya pun berhijrah ke Syarikat baru. Syarikat yang memang baru ditubuhkan. Jawatan dipegang Ketua Jabatan IT. Pekerja dibawah saya = kosong. Staff ID saya nombor 36. Saya pioneer dalam syarikat itu.
Syarikat baru ni memang kena mula dari kosong. Saya terpinga pinga. Apa nak buat? nak mula apa dulu? bengong kejap tau.
Mula duk pikir, aci tak menyesal berhenti kerja dulu? Masa temuduga bukan main lagi cakap pengalaman bertimbun. Pernah menjadi Pengurus global lah. Pernah jaga lebih 55 pekerja berbilang bangsa dan negara. Pernah menjaga jabatan yang memberi perkhidmatan yang berskala dunia lah. Sekarang cuba jawab boleh pakai tak pengalaman tu? Ranap ego. huwaaaaaaaa.....
Baru tahu, sekarang saya dah tak jadi pengurus. Saya kena lakukan apa sahaja yang disuruh oleh semua orang yang berkenaan dengan teknologi... sesorang diri! abih tu..dah sah sah staf dalam syarikat ada 36 org. Yang ketika itu, 30 orang pangkat pengurus keatas, adalah 6 orang yang pangkat eksekutif ke bawah. Semua orang jadi bos saya. hahaha.
Tapi saya bahagia. Nak tahu...tunggu sambungannya.
Bila berani nak berhijrah, kena berani buang ego.
No comments:
Post a Comment