Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 7

Kali ini kisah bos-bos pulak.

Dalam dunia saya, saya jumpa 4 jenis bos: Bos “Hitam Putih”, Bos “Aman Tak Kisah”, Bos “Kutip Debu”, dan akhir sekali Pemimpin.

Yang jenis bos “hitam putih” ni, jangan nak melawan sangatlah. Kalau dia kata hitam, hitam lah. Kalau dia kata putih, putih lah. Baru aja kita nak nganga nak bagi idea, dia dah bantah, mula naik suara, dan jengil mata.

Bos macam ni jangan banyak lawan pada mulanya, ikut aja kerenahnya. Bila dia dah mula percaya kat kita, dia memang akan jaga dan pertahankan kita sungguh-sungguh. Kalau bagi idea kelabu pun, lepas 2-3 hari nanti dia akan cakap, kita ikut warna kelabu. Kita pun cepat-cepat la cakap, bagus tu Bos, walaupun sebenarnya itu idea kita.

Bos “Aman Tak Kisah”, bos ni banyak melayan dirinya sendiri. Tanya halatuju, dia kata “buatla apa you suka”. Bila minta keputusan, nanti jawapannya “kan awak dibayar untuk membuat keputusan”. Apa aja yang you buat, dia ok aje, asalkan “he looks good”. Tapi bila ada kejadian malang tidak berbau, benda dah meletup, siapla ngko kena balun. Jadi kambing hitam. Tunggu masa aja nak kena sembelih. Bos macam ni, kena ada perjanjian “black n white” sebelum kita laksanakan apa-apa yang melibatkan keputusan besar.

Bos “Kutip Debu” pula bos yang semua menda dia nak tahu, dia nak tanya. Dari perkara kecil hingga perkara besar. Bos macam ni jenis duk kat belakang kita masa kita buat kerja. Titik tertinggal, dia nampak. Perenggan salah, dia nampak. Kita claim seposen dia tanya buat apa. 'Micro Manage'. Semua keputusan kena melalui dia. Bos macam ni, kalau 'fresh graduate' bagus ikut, sebab kita akan belajar banyak benda. Tapi bagi orang yang dah berpengalaman, memang masuk seminggu aje kerja, lepas tu letak jawatan.

Yang paling win, saya tak panggil bos. Saya panggil pemimpin. Kat dalam Syarikat Minyak Kerang ni, ramai saya jumpa bos-bos ni spesis ni. 5 tahun saya berada dijabatan yang sama, dibawah bos yang saya panggil pemimpin kerana:

1. Bos saya amat baik orangnya. Amat memahami dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada saya. 'Empowerment' dan kepercayaan beliau terhadap saya sangat tinggi.
Dia biarkan saya menggunakan daya kreativiti saya untuk menyelesaikan masalah. Tidak mengongkong tidak 'micro manage'. Tiap tahun, dia membelanjakan duitnya sendiri untuk memberi hadiah pada semua pengurus bawah jagaannya. Tanda penghargaan beliau terhadap kami.

2. Saya dapat kepelbagaian membuat kerja setiap 2 tahun disebabkan peluang yang diberikan oleh bos. Bos saya faham itu kehendak saya kerana saya seorang Explorer dan hendak buat macam-macam menda supaya dapat kejar cita-cita nak jadi CEO.

3. Saya dapat kenaikan gaji atau pangkat apabila ditawarkan untuk tukar jawatan.

3 perkara ini menjadi motivasi penting yang membuatkan saya bahagia berkerja.

Sehinggalah satu hari, saya disyorkan untuk memegang jawatan lain, dan mendapat seorang bos “Kutip Debu”. Selepas 2 tahun berkhidmat, dah tak tahan kena 'micro manage'. maka saya memecat bos saya!. Sebab lain juga adalah kerana, saya dah tak belajar lagi benda baru untuk saya mencapai cita-cita saya menjadi seorang CEO.

Dalam hidup, kita akan berjumpa ramai kategori bos. Kutip pengalaman untuk merasai kepelbagaian kerana apabila kita dah jadi CEO, kita kena hadapi ramai bos-bos macam ni dibawah penyeliaan kita.

No comments:

Post a Comment