Suami saya ni mula naik seh nak masuk segala peraduan slogan, sejak dia mula menang untuk peraduan slogan Westport dalam tahun 1998. Lepas dari tu hidup shopping saya dah berubah.
Mana tak nya, tiap kali pergi ke Giant dia akan singgah ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Mula dia belek segala borang kat atas meja kaunter. Tak cukup tu, dia belek semua jenis surat khabar, majalah dan dia akan pergi kaunter pertanyaan di kompleks2 beli belah. Itu persinggahan wajib dia.
Saya? Saya memang tak larat nak layan, makanya memang merayau tempat lain la kan.
Orang cakap untung lerrrr..bertuah sungguh si Riz tu masuk peraduan menang macam-macam. Tapi saya cakap memang berbaloi la kalau dia menang.
Sejak dia masuk peraduan slogan, rumah saya penuh dengan segala jenis kamus, segala jenis thesaurus, buku-buku slogan writing, dan segala jenis buku la yang berkenaan dengan writing.
Pastu bila tiba dia nak masuk peraduan, mula la dia baca segala-galanya tentang produk atau syarikat yang dalam borang tu. Dia akan buat kajian, catit slogan dan keywords, dalam buku khas dia. Sampai tak tido la sampai 2 - 3 pagi. Dia duk belek, baca dan catit. Segala buku, borang peraduan dan wrapper berkenaan dengan produk tu bersepah-sepah la kat atas meja makan. Tak boleh usik. Memang kalau nak makan kena duk atas lantai.
Ada ke yang sanggup? Saya memang tak sanggup. Tapi layan kan aja, sebab dia dah pernah menang. Saya juga dapat tempiasnya kan..hehehe.
Kami masih terhegeh-hegeh nak bayar segala hutang-hutang, tambahan pulak bila kerja kat Shell saya kena bayar balik JPA.
Dengan kuasa Allah taala, suami saya menang Grand prize untuk peraduan Visa HSBC RM200K!!!! Yang paling win, dia letak nama saya untuk peraduan tu!!! glammmmmm I.
Kami tak tahu pun menang sebab dia suruh datang ke majlis makan malam. Penganjur telepon saya berkali-kali.untuk sahkan kehadiran. Suami saya dalam diam macam dah boleh teka yang dia akan menang, tapi dia kan ada 4 Tan berlian dalam mulut...dia pilih untuk berdiam.
Saya masih blur. Dalam perjalanan ke majlis tu, suami saya keluarkan buku slogannya dan suruh saya hafal slogan-slogan yang ditulis dan dihantar untuk peraduan tu.
Adalah 10 slogan yang ditulis. Saya tanya mana satu nak hafal. Katanya hafal semua.
Saya cuma boleh hafal yang kontot dan pendek aje. Apahal kan dalam 30 minit tu, malam pulak tu, dalam kereta nak kena hafal 10 slogan. lek.eleh.
Tapi saya cuma dapat hafal:
You can count on Visa because A Billion uses it, Millions accepted it, and countless trust it.
Bila nama pemenang diumumkan, saya macam bengong sampai suami cakap kat saya..Kita Menang la Yang! Ya Allah!!! melompat2 la kami berdua kat meja makan.
Lepas tu media datang ambil gambar interview bagai. Terpampanglah muka saya tersengih senyum lebar dalam segala jenis surat khabar.
Kami memang seronok teramat la sangat!!!! merasa jadi orang kaya u!!! Tolak awal2 zakat, dapat bayar hutang2 yang tercekik, dapat keluar downpayment beli rumah lain.
Episod akan datang: Kena tuduh Racist
Tuah ni ada yang datang bergolek, tapi tuah juga boleh dipupuk. Sentiasa berusaha sebaik mungkin dan bersungguh. InsyaAllah mentari akan bersinar kembali.
No comments:
Post a Comment