Untuk jawatan terakhir sebelum saya berhenti dari dunia korporat, dunia makan gaji., saya ditemuduga secara santai oleh Managing Director dari sebuah syarikat gergasi IT dikedai mamak.
Beliau menerangkan apa yang ingin dia lakukan untuk syarikat yang pernah dimiliki oleh ayahnya dan hasratnya ingin menjadikan syarikat itu dari "Good to Great." Inspirasi sebegini membuat saya teruja. Saya ingin bersama-sama dengan pasukannya untuk tujuan itu.
Lepas temuduga, saya kena hadiri lagi satu temuduga dan ujian personaliti. Saya dapat kerja tu. Jawatan GM merangkap Ketua anak syarikat. Anak syarikat yang menyelenggara dan menyokong infrastruktur dan sistem IT untuk pelanggan-pelanggan yang terdiri dari kerajaan dan juga swasta. Prrolehan pendapatan anak syarikat itu adalah puluhan juta setahun.
Langit tak selalu cerah. Ku sangkakan panas sepanjang hari rupanya hujan di tengahari. Saya diuji oleh Allah dengan satu penyakit.
Dengan berat hati saya jumpa dengan MD menyatakan situasi saya ketika itu. Saya nampak kekecewaan diwajahnya. Ditawarnya untuk saya mengambil cuti tanpa gaji. Saya terpaksa menolaknya. Tidak adil pada pekerja. Pekerja yang mengharapkan ketuanya sentiasa memberi "direction" apabila diperlukan.
Keluarnya saya dari jawatan itu sekaligus mengundang tohmahan dari serata orang.
"Terjun bot sebelum waktunya."
"Tinggalkan pekerja terkapai-kapai setelah mempunyai strategi dan perancangan yang sama-sama dibuat"
"Dibuang kerja kerana prestasi teruk."
Saya telan. Saya pasti Allah tahu apa yang dilakukanNya. Saya tekad untuk baiki keadaan diri saya. Mencari penawar pada penyakit.
Sehingga sekarang MD syarikat itu menjadi mentor yang saya hormati.
Keluarlah saya secara rasmi dari dunia korporat dan dunia makan gaji.
Saya belajar untuk berjaya sebagai pekerja saya perlu jaga dan tambahbaik kemahiran saya dan ekosistem bos saya.
Untuk berjaya sebagai bos dan CEO, saya perlu jaga dan tambahbaik perniagaan/kemahiran, ekosistem pekerja dan pihak berkepentingan saya.
Dengan pembelajaran dan pengalaman itu saya terjun ke dunia usahawan. Dunia yang seperti langit dengan bumi dengan dunia makan gaji.
Ekosistem usahawan tidak dapat dilakar. ianya seperti neuron diotak. Sekejap menyala, sekejap malap. Nak tahu kisah TINTO dalam dunia usahawan kena tunggu 17 tahun lagi!
Terima kasih menjadi pembaca tegar KISAH TINTO. Mungkin jika ada cerita menarik lagi yang saya dapat keluarkan dalam memori "ikan dori" saya ini, saya akan bersiaran kembali.
No comments:
Post a Comment