Perkataan Mentor ni saya belajar tahun 2000.
Sistem pementoran kat Syarikat Minyak Kerang, bukan main hentam kromo. Mereka ada proses bila laksanakan tu. Sebabnya dia nak pastikan pelapis pemimpin mendapat nasihat yang betul.
Saya bernasib baik kerana mendapat beberapa mentor yang powerrrrrrrrr untuk menolong menasihati saya dalam bidang kepimpinan dan kerjaya dalam syarikat tu.
Yang saya tak boleh lupa adalah satu pesanan mentor "Get yourself out of the job". Aik? Menda tu? Buat kerja supaya dah tak ada kerja? Hilang akal ke apa mentor aku ni?
Kita kalau kerja biarla kekal, bakpe la pulok kita nak buang kerja kita. Abih tu nak dapat gaji camner?
Rupanya maksudnya, bila kita buat kerja tu, kita kena buat kerja seolah-olahnya esoknya kita dah kena masuk bertugas kerja tempat lain. Aku heran lagi. Memang sah mentor saya ni hilang akal. Manalah kita tahu nak dapat kerja kat mana? Best apa kerja sekarang.
Katanya, kalau kita ni seorang yang bercita-cita tinggi (kebanyakan pekerja yang tersenarai dalam sistem pementoran semua bercita-cita tinggi), nanti satu hari nanti kita ada peluang untuk naik pangkat atau tukar jawatan yang kita lagi suka, kita mungkin akan terlepas. eer...sebab apa pulak?
Sebabnya, jika kita dah melekat kat kerja tu, orang lain sume dah tak layak dan tak boleh buat. Ingat bos kita nak lepaskan ke aje kita pergi kerja kat tempat lain atau buat kerja lain? Jangan harapla kan.
oooo..... patutla dalam pertemuan dengan mentor, antara soalan pertama mereka tanya apa cita-cita kita dan apa kita nak dalam hidup ini?
Sejak dari hari itu, bila saya kerja kat mana-mana, saya akan dokumentasikan kerja yang saya buat. Bukan panjang lebar pun. Kadang dalam bentuk checklist, kadang tu saya tulis dengan senaraikan langkah-langkahnya kerja saya satu persatu.
Contohnya katalah hari ini saya pantau laporan prestasi, saya tulis la,
1. buka sistem xxx,
2. saya lihat penanda aras yyyy..
1. buka sistem xxx,
2. saya lihat penanda aras yyyy..
Itula SOP ringkas, supaya orang baca, orang dah faham apa kita buat.
Jadi bila saya dapat peluang untuk memohon berkhidmat di tempat lain, walaupun bos tak bagi lepaskan dan nak up kan gaji saya saya akan beritau bos cita-cita saya dan tanya pada bos adakah kerja saya sekarang dapat membantu saya dapat cita-cita saya? Gitu.....
Cita-cita yang baik dapat mendorong kita untuk terus bergerak dan bertindak. Untuk kita tidak sentiasa langgar dinding apabila melayari hidup, carilah mentor yang betul. Ya, kita kena cari, cuma kita sahaja yang tahu apa cita-cita yang tersirat.
No comments:
Post a Comment