Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 9.1

Formula "work smart" saya ada 3: "Accumulate", "leverage" dan "delegate". Orang lain, lain la caranya.

Accumulate bagi saya maksudnya, kumpul dan belajar ilmu. Lepas belajar, kita praktis. Yang penting, tujuannya nak buat kerja kita dengan tangkas dan tepat.

Rata-rata bos yang saya kenal pandai buat slaid. Sebab bila mesyuarat aje tunjuk slaid. Bila ada slaid, nak kena masuk mesyuarat la tu. hahaha. Kita pun nak la belajar supaya pandai. Mana nak mula?

Di Syarikat Minyak Kerang, pada tahun 2002 kami dah ada e-learning. Kena letak dalam KPI belajar 10 hari setahun. Tak semesti pergi kelas fisikal tau. Godek-godek kat website e-learning syarikat, jumpa kelas powerpoint. Belajar.

Lepas belajar tu kita cuba. Kalau pandai, Ok la. Tapi ada juga belajar tak pandai-pandai. Kalau tak pandai tu saya cuba teknik kedua Leverage.

Pagi ni Episod kita pendek. Nanti sambung aa.

Belajar ni takan habis. Bila belajar benda baru minda jadi aktif. Kita tidak akan berada dizon selesa. Ini bagusssss.....

No comments:

Post a Comment