Friday, November 25, 2016

KISAH TINTO: EPISOD 12

Kita sambung cerita Dobi. Sesi pembelajaran praktikal 2 hari dengan abang pengusaha dobi tu memang sangat membantu. Pembelajaran bukan duk dalam kelas. Kami pergi ke kedainya. Kena belajar berkuli dari melayan pelanggan, membuka resit, letak harga, timbang baju, basuh baju, gosok baju, gantung baju dan macam-macam lagi. Untuk 2 hari. Saya, suami dan kakak angkat pergi. Lepas habis berkuli, Abang Dobi tu kata, kalau ada apa-apa masalah boleh telefon dia.

Balik dari sesi pembelajaran, saya dan suami lagi la "excited". Mula merekabentuk kedai dobi sebagai pusat operasi dobi. Kami buat simulasi dari baju masuk hingga ke mesin, ke dryer, ke tempat gosok, ke tempat pengambilan oleh pelanggan.

Saya buat SOP ringkas. Cetak dan letak dalam folder plastik. Sebab memang nak minta tolong adik saya Ibu Irdina yang sedang mengandung untuk menjaga dan menguruskan dobi tersebut.

SOP gosok baju (jangan tak tahu, ada cara untuk "perfect ironing"!), SOP menguruskan mesin basuh, mesin dryer dan SOP nak uji baju keluar warna ke tak.

Saya boleh buat SOP sebab ditempat kerja pertama saya, saya yang bertanggungjawab buat dokumentasi ISO 90000 untuk Jabatan. Memang nak muntah darah bagi orang hyper extrovert dan hyper kinestetik kena mengadap komputer buat dokumen berhari-hari. hahaha. rupanya ada hikmah besar.
Dalam masa yang sama, kami mula buat senarai apa yang dibeli:
1. beli tangki air (untuk business Continuity),
2. alat tapisan air (supaya air kotor tak melekat pada baju),
3. piping untuk 3 mesin basuh (walaupun kami beli cuma satu mesin sahaja -."Begin with the end of mind" katanya. Dalam pelan perniagaan kami nak guna konsep sub-con. Cari pengusaha dobi lain yang tiada mesin "water based drycleaning" kerana mesin ini mahal. Harganya lebih dari RM30K sebuah.)
4. Perabut (meja kaunter - beli perabut second hand, murah)
5. Mesin basuh, mesin dryer, seterika, tempat menggosok.
6. Plastik, hanger, sabun basuh, clip, tong gas, penimbang, bakul, lain lain.
7. buat flyer untuk promosi pembukaan.
8. Buat website.

Sibuk masa ni sangat sibuk. Isnin sampai Jumaat kerja makan gaji. Sabtu Ahad saya pi menggosok di kedai dobi. Masa dimanfaat sepenuhnya. Tiada lagi tengok drama korea atau mexico. Yea saya terjebak juga saya dengan drama-drama ni. Suka sangat tengok Winter sonata dan Ya Soy Betty la Fea. Cerita apa tu? haha...Yang muda-muda tu tolong Google.

Bersambung...kedai dobi pun ada office politik!

Hidup jangan asyik mengeluh. Buat sesuatu yang bermanfaat, keluarkan peluh, jangan jadi buluh!

No comments:

Post a Comment