Nak bina kepercayaan dengan pasukan kita senang aja. Tak kira la lelaki ke, perempuan ke, atau jantina lain yang sewaktu dengannya, kita kena faham apa perangai dan kesukaan dia.
Bila berbual dengan lelaki kita kena berbual topik yang depa suka. Contoh, cerita la pasal bola ke, kereta, gajet, makan beriani dan kari. hahaha.
Kalau kita ni bos pompuan, pandai-pandai la cari maklumat. Contoh pasal bola. Kita tak tengok pun tak pe. Saya memang tanya suami saya la. Bola semalam macamana? Cer cirta part yang best-best boleh tak? Nanti dia cerita la.
Lepas tu bila kita jumpa staf lelaki kita tanya la. Tengok ke bola semalam? Kalau dia jawab tengok. Kita jawab..Dasatnya yea Ronaldo. Tunggula dia akan sambung dengan begitu semangatnya. Kalah pemain tu. Kita pakat dengar la walau sebutir haram tak faham teknik-teknik dia. Nanti bila dia tanya. Bos tengok ke? Aku jawab la..Taaakkk..Suami saya bagi ulasan...hahahaha.
Yang penting kita luangkan masa untuk dengar apa yang dia suka.
Kalau staff kita tu pompuan, kita bos lelaki. Itu sangat senang. Topik yang boleh dalam perbincangan: Drama Tv, Tudung, Baju, Kasut, Anak, Brooch, Barang kemas, barang rumah, masak, set kecantikan, makanan kesihatan dan segala-galanya lah. hehehe.
Bila kita dah boleh borak apa yang dia suka. Kepercayaan akan berputik. Tapi jangan la buat macam tak ikhlas. Kena jujur dengar la bila dia bercerita. Acuh tak acuh pun tak boleh juga.
Aku sibuk la Intan. Mana nak borak-borak camtu waktu pejabat. Sapa suruh buat waktu pejabat. Masa lunch, masa break la. Hadddoiiiiii.
Bina kepercayaan adalah asas nak bina pasukan. Bila kepercayaan sudah tiada, Bai Bai perkataan pasukan. Nak bina balik memang payah.
No comments:
Post a Comment