Diantara tugasan CEO Syarikat Milik Kerajaan, adalah saya perlu hadir ke majlis berkenaan dengan IT yang dirasmikan oleh Menteri/Timbalan Menteri dibawah Kementerian syarikat itu.
Adalah sekali tu, saya diberitahu yang saya kena hadir kemajlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di satu negeri.
Saya dan COO yang menurut perintah pergilah ke Majlis tu.
Mula-mula kami kena menyanyi lagu negara ku. Ok lah. Ini memang standard dalam majlis rasmi kerajaan.
Lepas tu datang pula orang memberi bendera Malaysia dan pin baju lambang parti. Kami diarahkan untuk sambung berdiri. Kami mula duk belek2 pin tersebut dan Mula berpandangan sesama sendiri.
Kedengaran semua menyanyikan lagu parti sambil mengibarkan bendera.
Muka saya dan COO dah mula pucat. Awat pulak majlis rasmi kerajaan menyanyi lagu parti ni? Kami turut mengibarkan bendera, tapi tak nyanyi sebab manalah kami reti nyanyi lagu parti!
Muka saya dan COO dah mula pucat. Awat pulak majlis rasmi kerajaan menyanyi lagu parti ni? Kami turut mengibarkan bendera, tapi tak nyanyi sebab manalah kami reti nyanyi lagu parti!
Lepas tu majlis bersambung dengan ceramah dari Timbalan Menteri yang berapi-api. Mak Aih...
"Majlis apa yang kita datang ni?" Saya berbisik pada COO.
"Ntah Boss, orang YB cakap kita kena hadir, saya tak banyak soal ikut menonong." balasnya dalam bisikan juga , sambil berkerut dahi.
Lepas habis majlis, Timbalan Menteri nampak kami.
"Apa Ku buat kat sini?", tanya YB.
"Bukan YB suruh kami datang ke?", jawab saya. Muka dah cuak habis.
"Tak delah, saya tak suruh datang majis pagi ni. Saya suruh datang majlis petang nanti. Tapi terima kasih kerana datang menyokong" jawab YB sambil tersenyum
Hahahaha....Punggah!!! (ikut loghat Penang)
Pengalaman ini memang tersemat dalam diari. Lawak ada, malu pun ada.
Sekejap sahaja saya memegang jawatan CEO disini. Saya akur yang saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai majlis dan mesyuarat rasmi kerajaan yang perlu saya hadiri.
Saya memang mohon maaf kepada pekerja disyarikat itu kerana mengundur diri disaat mereka memerlukan suatu perubahan. Sehingga sekarang saya masih rapat dengan mereka.
Ada perkara yang kita cita-citakan tidak semestinya baik untuk kita. Percaya pada ketentuan Allah. Dia yang tahu apa yang paling baik untuk kita.
Bersambung - Episod Akhir....Selamat Tinggal Dunia Korporat...
No comments:
Post a Comment