CEO syarikat saya ni suka menerangkan apa inspirasi Syarikat. Berulang kali kami dengar, sebab tiap minggu ada aja pekerja yang baru masuk dan dia akan suarakannya depan kami semua. Yang lawaknya, ada diantara pengurus siap boleh sambung ayat CEO. Skrip sama digunakan. hahaha.
Bila ada mesyurarat Lembaga Pengarah, CEO dengan bangganya memperkenalkan kami semua. Disebabkan beliau sendiri yang menemuduga kami, maka segala kemahiran dan kepakaran kami dia akan beritahu pada Ahli Lembaga Pengarah. Ingat pulak dia tu. Dasyat betul memori dia!
Masa beliau memperkenalkan kami, beliau bangga semacam. Macam menang tropi lagaknya. Apa lagi kembang kucup la hidung kami semua kena puji melambung. Agaknya kalau masa tu CEO suruh kami kerja free mahu menonong kami buat sebab dah tenggelam dengan pujian. hahaha.
Kami hanya beberapa bulan sahaja dapat bekerja dibawah beliau. Tapi saya belajar, CEO yang pandai memilih pasukannya akan dapat banyak kemajuan dan pencapaian syarikat.
Tiba giliran kami pulak nak kena bina pasukan sendiri. Bos saya, CFO (Chief Finance Officer), telah berpesan, jaga kos. Kalau boleh "outsource", "outsource" sahaja. Tak payah ambil pekerja bawahan. Jika nak ambil juga, pastikan setiap pekerja yang diambil kena tahu apa "Job description" dan "KPI". Nasib baik ada pengalaman buat semua tu.
Dah siap semua. Tiba masa nak menemuduga. Saya guna teknik yang diajar oleh Syarikat Minyak Kerang. Saya adalah certified assessor untuk menemuduga. Chewaah.
Bila dah habis temuduga, Pengurus Sumber Manusia menegur saya. "Intan, lain kali ngko jangan la temuduga stail macam tu...lari nanti semua orang..." hahaha...rupanya temuduga cara terkini adalah secara santai. Aku dok pakai stail lama, skema dan berstruktur habis. dusyum sekali !
Pekerja makin ramai, pejabat kena dibesarkan. Disebabkan syarikat ini banyak berkepentingan di Johor, maka Pengurusan Atasan telah putuskan bahawa pejabat urusan akan berpusat di Johor Bahru semua pekerja akan berpindah kesana.
Bersambung - siapa makan kek keju saya?
Membina pasukan yang betul adalah sangat penting. Samada anda akan berenang bersama-sama atau tenggelam bersama-sama dengan mereka.
No comments:
Post a Comment