Sebenarnya, saya sudah sangat selesa kerja digomen. Ada tempat jagaan anak-anak, boleh balik kerja tepat pada waktu habis bekerja. Tempat kerja pun sangat dekat dengan rumah, tak sempat nak stress tengok kereta lain cilok mencilok, tiada jem weng weng. 5 min sampai.
Banyak masa boleh diluangkan bersama anak-anak yang masih kecil dan masih perlukan susuan ibu.
Tapi kan payah sungguh jadi orang yang suka bercita-cita dan berimpian. Jenis manusia macam ni tak boleh duk diam. Satu lagi, macam-macam dia nak.
Jadinya, macam-macam saya minta doa. Pada usia awal 30an, saya bercita-cita nak pergi haji umur 40, nak jadi Pengurus Besar umur 35 (masa ni tak ada cita-cita lagi nak jadi CEO), nak rumah bungalow, nak pergi jalan-jalan luar negara. Pendek kata macam-macam lagi nak.
Angan sahaja, memang tak kemana la kan. Sebab masih dibayangi oleh banyak ketakutan.
Takut hilang kawan-kawan yang baik-baik. Takut hilang masa bersama anak-anak dan suami. Takut kena stereotype wanita berkerjaya dan gaji tinggi, dah sibuk, nanti suami cari pompuan lain. aissshhh kesitu pulak kan. Banyak sangat tengok cerita drama camni la jadinya!
Sehingga saya terbaca buku The Magic of Thinking Big. Saya bertanya pada diri, sampai bila nak takut? Kalau tak cuba memang tak tahu. Langkah pertama untuk buang ketakukan ialah bertindak!
Sementara tu, saya dah pandai pulak dan berjinak-jinak dengan credit card (ini hantu dajal utama, kalau tak pandai bayar dan jaga bayaran meroyan sepanjang hayat!! huhu) dan personal loan untuk tampung hidup seharian. Tak cukup tu, pi gatal tangan pulak membeli sebuah rumah bungalow di Desa Kerayong Puncak Alam. (Kan cita-cita nak rumah bungalow...walaupun hakikatnya ianya sebuah bungalow kecil comel, besar sikit aja dari pangsapuri rumah saya..
hahahaha)
hahahaha)
Duit ansuran rumah sudah mula kena bayar kepada pihak bank walau rumah dalam pembinaan. (Sampai sekarang Projek pembesaran kampung oleh kerajaan ni terbengkalai. Walhal kawasan sekeliling dah menceracak naik rumah dan bangunan...huhuhu..suami kata pelaburan jangkamasa paaannnnnnnnjannnnnnngggggg - sungguh! dah nak masuk 17 tahun!)
Tercekik kami suami isteri nak bayar hutang tiap bulan. Tu tak termasuk, bayar bil2, duit2 taska, carumam Medical card, insuran pendidikan, duit tabungan di Tabung haji dan sedikit wang pada bonda tiap bulan. Memang duit gaji masuk seminggu aja cantik..3 minggu lagi termenung.
Sementara tu hobi suami saya yang masih galak masuk pelbagai peraduan slogan, mula menampakkan hasil dengan kemenangan hadiah yang kecil-kecil seperti duit RM1000, jam tangan Swatch, hamper barangan, TV. (tunggu episod seterusnya Suami Ku Suka Masuk Peraduan Menang Rm200K dan Kereta Mercedez Benz!)
Dia mula suruh saya cari hobi. Saya mengusik dan berkata hobi saya shopping. Kata dia itu hobi tidak mendatangkan hasil tapi membuangkan hasil. Kan dah kena dusyum sebiji!
Mengadu pada sahabat taulan. Macamana nak bayar hutang. Nasihat mereka cari kerja lain di syarikat swasta. Gaji mereka tawarkan lumayan. Masa tu saya congak2 tahun 2020 baru saya dapat gaji 6 ribu, tu pun kalau boss saya dah berhenti kerja, pencen atau pun dah tiada lagi dimuka bumi. takan nak tunggu sampai tahun 2020 baru dapat jadi GM? aduhaiii...
Tanya pada suami. kalau dapat kerja diswasta. anak-anak macamana? Saya nanti akan takde masa ...
Kami duduk berbincang. Kami sepakat. Saya teruskan cari kerja lain. Tekad nak bayar hutang. Masuk dalam permintaan doa.
Saya pun masuk Jobstreet. Memohon kerja sebagai Senior System Engineer di Shell Services International. Telan ego walhal saya dah bergelar Pengurus pada masa itu. Gaji tambahan dalam RM1000.
Dapat pergi interview. Mula2 dengan Recruitment agency, lepas tu dengan Pengurus HR Shell, berbangsa Australian. Dan lepas tu kena buat ujian teknikal.
Lulus interview. Sebelum masuk hari pertama berkerja diShell saya diarah terus pergi menghadiri kursus teknikal 5 hari. Boss saya main pakat telepon aja. Saya pun tak kenal dia lagi. Mak aih...dasatnya syarikat Shell ni. Saya dah mula teruja.
Kita bersambung lagi yea.
Dalam hidup, untuk berubah kena berani. Cari titik keberanian dengan cara kita sendiri. Dan mulakan langkah dengan Bismillah dan doa.
No comments:
Post a Comment